SEWA BAJU DINNER EVENT MURAH MUSLIMAH PLUS SIZE(Mengikut Tema)

SEWA BAJU DINNER EVENT MURAH MUSLIMAH PLUS SIZE(Mengikut Tema)

SEWA BAJU EVENT MURAH

Kepada anda yang ingin menghadiri sesuatu majlis atau event, semestinya anda dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema yang ditetapkan. Untuk membeli seharusnya memerlukan modal yang besar dan tak berbaloi jika hanya pakai untuk hadirr majlis tersebut sahaja. untuk pengetahuan anda, sebenarnaya anda boleh sewa baju yang bersesuaian dengan event anda dengan harga murah. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

PANDUAN PEMILIHAN BAJU DINNER ATAU EVENT

Berikut adalah merupakan cara pakaian mengikut sesuatu majlis iaitu:

Majlis High TeaKod pakaian bagi majlis high tea adalah dressy casual. , iaitu anda digalakkan untuk memakai gaun yang bersifat kasual. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk memilih sebarang baju yang memiliki sedikit perincian dan memadankannya dengan skirt atau seluar yang sesuai bersama kasut tumit tinggi atau pun kasut flats.
Majlis PerkahwinanJika suatu ketika dahulu kaum perempuan hanya akan memakai baju kurung atau kebaya ke majlis perkahwinan, sekarang pilihannya lebih meluas termasuk gaun panjang dan blaus yang dipakai bersama skirt. Bagi aum lelaki pula mestilah memakai kemeja.
Majlis PengebumianPakai pakaian dalam tona neutral yang berwarna gelap untuk menunjukkan suasana muram, bukannya pakaian berwarna warni dan terang yang kelihatan ceria.
Majlis Makan MalamUntuk majlis makan malam, anda mestilah bertanya kepada penganjurnya tentang kod pakaian yang telah dirancang. Anda tidak mahu hadir ke majlis tersebut dengan pakaian yang menimbulkan ketidakselesaan pada tetamu lain mahupun diri anda sendiri.
Majlis KonvokesyenBagi Wanita Baju kurung moden/traditional/pakaian kebangsaan/Pantsuit/skirt labuh hingga buku lali dan blaus lengan panjang bertutup hingga ke leher dan seterusnya memakai pakaian akademik.

Bagi Lelaki Kemeja lengan panjang berkolar, berseluar slack berwarna gelap, bertali leher dan memakai kot, atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik.

Majlis RasmiBerpakaian formal mengikut penganjuran sesuatu majlis rasmi tersebut.

 

KADAR HARGA SEWA BAJU EVENT MURAH

Untuk pengetahuan anda, kadar sewaan baju bagi sesuatu majlis ini adalah fleksible keranan ianya bergantung kepada kualiti, corak, design dan sebagainya serta kedai yang anda kunjungi. Untuk dapatkan harga lebih detail anda boleh merujuk kepada penyewa tersebut.

 

SENARAI KEDAI SEWA BAJU DINNER EVENT MURAH

Anda juga boleh mencari senarai kedai sewa baju event mengikut tema yang anda inginkan yang behampiran anda dengan merujuk pada pautanĀ DI SINI

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment