PESTA BENAK SIMANGGANG 2023(Jadual Pameran Tarikh Lokasi Booking Senarai Homestay Hotel)

PESTA BENAK SIMANGGANG 2023(Jadual Pameran Tarikh Lokasi Booking Senarai Homestay Hotel)

PESTA BENAK

Kepada rakyat Sarawak terutamanya yang berada di Sri Aman, sudah semestinya akan menyaksikan Pesta Benak yang merupakan kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh dan lokasi pesta tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU PESTA BENAK

Kejadian rare yang berlaku akibat keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila tiba waktu air pasang.

Fenomena ‘benak’ yang berlaku di Batang Lupar ini merupakan salah satu daripada 60 kejadian ‘benak’ di seluruh dunia. Pesta ini bukan sekadar istimewa, malah ianya juga menjadi pesta tahunan yang dinanti-nantikan masyarakat di sini.

 

LOKASI PESTA BENAK 2023

Pasta Benak tahun 2023 Bakal Diadakan Di Simanggang

 

TARIKH PESTA BENAK 2023

Pesta ini  akan diadakan bermula 29 September 2023 hingga 1 Oktober 2023.

 

SENARAI HOTEL DI PESTA BENAK SIMANGGANG

Buat anda yang belum pernah lagi menyaksikan kejadian alam semulajadi yang rare di Sarawak ini, apa kata anda cepat lapangkan jadual anda untuk ke sini. Pastikan anda membuat persiapan awal untuk melihat Pesta Benak ini bagi megelak daripada sebarang kesesakan serta masalah nanti! Anda boleh membuat tempahan Hotel menerusi website di bawah:

 

SEJARAH PESTA BENAK SIMANGGANG

Simanggang merupakan sebuah bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di Sarawak, Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Bandar Sri Aman, daerah ini merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai tersebut. Selain Taman Negara, daerah ini juga terkandungnya Sungai Batang Lupar yang terkenal dengan kisah legenda Bujang Senang dan merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena benak yang berlaku beberapa kali setahun. Fenomena ini berlaku apabila benak sering kali muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan cepat dalam jangka masa kira-kira 10 minit, serta puncaknya boleh mencapai ketinggian 2-3 meter. Disebabkan ini, Pesta Benak sering diadakan setiap tahun.

Pada asalnya, Simanggang merupakan nama asal daerah ini, sebelum ditukar dengan nama Sri Aman yang diilhamkan sejak dari tahun 1974 sempena peristiwa Deklarasi Sri Aman, apabila anggota Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang dipimpin oleh Bong Kee Chok menyerah diri kepada pegawai kerajaan Sarawak dan dimeterai oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakub pada 21 Oktober 1973. Namun demikian, penduduk daerah ini sudah lama mesra dengan nama Simanggang, sehingga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg menerima semula nama Simanggang pada 25 Oktober 2019.

Simanggang juga terkenal dengan sejenis ikan yang begitu popular dalam kalangan penduduk tempatan, Ikan Bulu. Ikan ini ialah sejenis ikan sungai yang sering dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar). Terdapat juga ikan-ikan yang disalai seperti ikan jan salai & ikan lumek salai.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment