PENGAMBILAN PENDAFTARAN JPAM (Permohonan Semakan Sukarelawan APM)

PENGAMBILAN PENDAFTARAN JPAM (Permohonan Semakan Sukarelawan APM)

SUKARELAWAN APM

Kepada individu yang ingin menyertai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semestinya anda ingin mengetahui bagaimana cara membuat permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU APM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September 2016. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara

 

PERANAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

 

SYARAT KELAYAKAN SUKARELAWAN APM

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan asas iaitu:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tiada kecacatan fizikal dan sihat tubuh badan
  • Sekurangnya lulus akademik SRP/LCE/PMR
  • BUKAN anggota badan beruniform yang lain
  • Berminat untuk tugas secara sukarela
  • Individu yang ingin berbakti

 

KELEBIHAN SUKARELAWAN APM

Berikut adalah meurpakan lebihan yang akan diperolehi iaitu:

  • Mempelajari cara menyelamat dalam air dan cara menyelam (Scuba)
  • Berpeluang dapat sijil kemahiran dan kursus
  • Belajar berhubung menerusi Radio Set (Komunikasi)
  • Dapat pengetahuan menguruskan ketika bencana
  • Belajar mengendalikan peralatan operasi
  • Belajar tatacara pakaian seragam
  • Belajar membaca kompas dan peta
  • Mempelajari Asas Pertolongan Cemas
  • Belajar untuk melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar buat Breathing Apparatus (BA Set)
  • Dapat ilmu berikhtiar untuk hidup
  • Mempelajari asas kebombaan
  • Pengetahuan asas menyelamat
  • Ilmu pengetahuan medik semasa kemalangan

 

KEMUDAHAN TERSEDIA KEPADA SUKAELAWAN APM

Berikut adalah merupakan kemudahan yang akan diperolehi iaitu:

  • Rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Elaun perkhidmatan diberikan
  • Mendapat uniform percuma
  • Bounti diberikan (Saguhati Tahunan)
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di APM seluruh Malaysia

 

CARA PERMOHONAN SUKAELAWAN APM

Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ini, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal SiSPAL
  2. Pada paparan utama, klik pada Permohonan Pendaftaran ASPA
  3. Isikan semua maklumat penting yang diperlukan dengan lengkap pada uangan tersedia. Pastikan setiap ruangan kosong yang bertanda * diisi.
  4. Apabila selesai mengisi semua informasi, tekan butang SIMPAN untuk hantar permohonan anda.
  5. Sistem akan memberikan notifikasi dengan menyatakan bahawa rekod yang dihantar telah berjaya disimpan yang mana ia menunjukkan borang permohonan anda telah berjaya untuk diproses.

NOTA: Jika anda mendapati mesej ralat yang dipaparkan di skrin dengan contoh terdapat maklumat yang tidak lengkap atau pendaftaran anda telah wujud, ini menandakan permohonan anda tidak berjaya.

 

CARA SEMAKAN STATUS PEMOHONAN SUKAELAWAN APM

Setelah anda membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda menerusi pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sukarelawan APM, anda boleh melkayari portal rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment