GANGGUAN ORANG KETIGA BUKAN ISLAM(Boleh Saman Dakwa Ajar)

GANGGUAN ORANG KETIGA BUKAN ISLAM(Boleh Saman Dakwa Ajar)

ORANG KETIGA

Kepada pasangan berumah tangga, semestinya anda ketahui bahawa terdapat kes adanya gangguan pihak ketiga dalam sesebuah perkahwinan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat undang-undang syariah bagi orang ketiga dalam perkahwinan ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk membuat aduan sekiranya menjadi mangsa, semoga membantu.

 

SIAPA ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN?

Pihak ketiga dalam sesebuah perkahwinan dikategorikan kepada dua golongan iaitu:

  • Dalaman
    • Terdiri daripada ahli keluarga seperti ibu bapa, adik-beradik dan ipar-duai., sepupu sepapat, anak kandung, anak tiri dan sebagainya.
  • Luaran
    • Terdiri daripada rakan sekerja, kekasih gelap, jiran, alumni sekolah, majikan dan sebagainya.

 

AKTA ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Bahagian V – Kesalahan Pelbagai).

 

PERBUATAN ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN

Berdasarkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang boleh didakwa sebagai gangguan pihak ketiga iaitu:

  • Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.
    • Memujuk lari atau membawa pergi atau mempengaruhi perempuan bersuami supanya meninggalkan rumahtangga;
  • Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
    • Menghalang pasangan suami isteri yang sah daripada hidup sebagai suami isteri;
  • Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
    • Menghasut, memaksa, memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.

 

KADAR DENDA ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN

Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

 

CARA BUAT ADUAN ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN

Anda boleh membuat aduan di Jabatan Agama Islam atau pendaftar pekahwinan, adalah disarankan agar menyediakan bukti dan dokumen berkaitan aduan gangguan pihak ketiga tersebut. Antara dokumen/bukti yang diperlukan ialah:

  • Maklumat diri pihak ketiga;
  • Gambar yang membuktikan gangguan pihak ketiga;
  • Screenshot mesej/perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
  • Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video, etc.

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “GANGGUAN ORANG KETIGA BUKAN ISLAM(Boleh Saman Dakwa Ajar)”

Leave a Comment