UJIAN AIR MANI KESUBURAN LELAKI SELANGOR(Senarai Klinik & Cara Guna Sperm Test Kit)

UJIAN AIR MANI KESUBURAN LELAKI SELANGOR(Senarai Klinik & Cara Guna Sperm Test Kit)

UJIAN AIR MANI SELANGOR

Kepada kaum lelaki yang ingn membuat ujian kesuburan, semestinya anda ingin memngetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai klinik ujian air mani kesuburan lelaki di negeri Selangor dan cara guna sperm test kit, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN AIR MANI

Analisis air mani (SFA) biasanya dilakukan untuk membantu menentukan mengapa pasangan mengalami kesukaran untuk hamil. Ia merupakan pemeriksaan yang paling mudah untuk menilai tahap kesuburan bagi seorang lelaki. SFA juga dilakukan untuk mengikuti perkembangan selepas rawatan yang boleh memberi kesan kepada buah zakar atau fungsi kelenjar aksesori sistem reproduktif lelaki, atau selepas prosedur vasektomi. Akan tetapi, ramai lelaki mengalami kebimbangan dan keresahan untuk menjalani ujian SFA dan mengetahui keputusannya.

 

SENARAI KLINIK UJIAN AIR MANI SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara senarai klinik yang menyediakan perkhidmatan ujian ini iaitu:

NAMA KLINIKLOKASINO TELEFON
Sophea Fertility Centre106, Jalan Gasing, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor03-7622 8622
Ever Link Fertility CentreUnit G-2 Level Ground, The Podium Tower 3, UOA Business Park, No 1, Jalan Pengaturcara U1/51a, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor03-5888 8335
KPJ Damansara Fertility CentreG-06, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor010-400 3163
Vamsam Fertility and Health CareNo 58, Jalan 11/10, Taman Koperasi Polis Fasa I, 68100 Batu Caves, Selangor011-2321 2166
KL Fertility & Gynecology CentreLG Lot 30, DC MALL, No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur03-2780 4288

 

KADAR HARGA UJIAN AIR MANI SELANGOR

Kadar anggaran harga untuk membuat ujian kesuburan lelaki adalah bermula pada RM150. Ianya akan berbeza tertakluk kepada klinik yang anda kunjungi

 

CARA GUNA SPERM TEST KIT

Ujian sperma di rumah boleh mengetahui sama ada sperma terdapat dalam air mani. Beberapa ujian di rumah juga memeriksa sejauh mana sperma boleh bergerak. Untuk ujian sperma di rumah, anda mengumpul sampel air mani dengan memancut ke dalam cawan kecil. Ujian sperma di rumah mungkin menarik kerana anda boleh melakukannya dalam privasi rumah anda sendiri.

Kesemua kit ujian di rumah kelihatan kira-kira 95-97 peratus tepat berbanding keputusan menggunakan ujian analisis air mani standard di makmal.

 

GAYA HIDUP SIHAT BAGI KESUBURAN LELAKI

Senarai di bawah adalah amalan gaya hidup yang disyorkan untuk pesakit lelaki:

  • Diet yang sihat dan seimbang, makan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Berhenti merokok sepenuhnya dan mengelakkan suasana berasap.
  • Kurangkan alkohol pada tahap minimum (kurang daripada 5 unit seminggu).
  • Elakkan penggunaan dadah rekreasi.
  • Pakai seluar yang longgar, elakkan persekitaran yang panas dan elakkan mandi menggunakan air yang panas.
  • Elakkan duduk / memandu untuk tempoh masa yang lama. Pemanduan berterusan selama 2 jam boleh menjana haba pada skrotum (dan buah zakar) sehingga +2?C.
  • Ambil vitamin A, C, E dan mineral seperti Zink dan Selenium (disyorkan pengambilan sehingga 1000mg sehari untuk vitamin C).
  • Elakkan terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti pelarut organik dan racun perosak organofosfat.
  • Mengurangkan perasaan tertekan (stres).

Rujuk: Portal rasmi MyHealth KKM

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment