CUKAI TANAH KL (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI TANAH KL (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI TANAH KL

Kepada anda yang berada di Kuala Lumpur dan ingin membuat pembayaran Cukai Tanah, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai cara semakan dan bayar Cukai Tanah KL secara online, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

 

KADAR CUKAI TANAH KL

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH KL

Bayaran cukai tanah pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun

 

CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TANAH KL

Anda boleh membuat semakan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Anda boleh menunggu surat cukai tanah terus sampai ke alamat properti anda sama ada kediaman persendirian, kedai, tanah atau yang lain-lain.
  • Semakan secara online
    • Boleh layari laman web semakan cukai PPTGWPKL.
    • Kemudian anda pilih ID Hak MilikTanah
    • Masukkan maklumat ayng diperlukan pada ruangan tersedia dan klik Cari
    • Paparan akan menunjukkan maklumat mengenai  cukai tanah anda

 

CARA BAYAR CUKAI TANAH KL ONLINE

Anda kini boleh membuat pembayaran cukai TANAH secara online menerusi Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Boleh layari laman web semakan cukai PPTGWPKL.
  2. Kemudian anda pilih ID Hak MilikTanah
  3. Masukkan maklumat ayng diperlukan pada ruangan tersedia dan klik Cari
  4. Paparan akan menunjukkan maklumat mengenai cukai tanah anda
  5. Klik bayar dan masukkan jumlah bayaran bayaran
  6. Klik pilih cara bayaran dan ikuti proses pembayaran hingga selesai
  7. Cetak bil bayaran untuk rujukan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cukai Tanah di Kuala Lumpur, anda boleh melayari portal rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP (PPTGWPKL)

 ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment