CUKAI TANAH JOHOR (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI TANAH JOHOR (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI TANAH JOHOR

Kepada anda yang berada di Johor dan ingin membuat pembayaran Cukai Tanah, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai cara semakan dan bayar Cukai Tanah secara online, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

 

KADAR CUKAI TANAH JOHOR

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH JOHOR

Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun  dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

 

CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TANAH JOHOR

Anda boleh membuat semakan secara online Menerusi JohorPay sperti berikut:

  1. Boleh layari laman web semakan cukai JohorPay atau apliksi JohorPay
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya pengguna bahar hendaklah daftar terlebih dahulu.
  3. Pada bahagian paparan utana klik pada Pembayaran dan klik Pilih Agensi .
  4. Kemudian pilih option Pentadbiran Tanah Johor dan pilih Cukai Tanaah
  5. Pilih sama ada nak semak menggunakan nombor kad pengenalan, atau nombor hakmilik atau nombor lot
  6. Paparan akan menunjukkan maklumat mengenai cukai tanah anda

NOTA: Anda juga boleh menunggu surat cukai tanah terus sampai ke alamat properti anda sama ada kediaman persendirian, kedai, tanah atau yang lain-lain.

 

CARA BAYAR CUKAI TANAH JOHOR ONLINE

Anda kini boleh membuat pembayaran cukai tanah secara online menerusi JohorPay. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Boleh layari laman web semakan cukai JohorPay atau apliksi JohorPay
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya pengguna bahar hendaklah daftar terlebih dahulu.
  3. Pada bahagian paparan utana klik pada Pembayaran dan klik Pilih Agensi .
  4. Kemudian pilih option Pentadbiran Tanah Johor dan pilih Cukaai Tanah
  5. Pilih sama ada nak semak menggunakan nombor kad pengenalan, atau nombor hakmilik atau nombor lot. Setelah siap klik cari
  6. Paparan akan menunjukkan status cukai jadi anda boleh lah untuk teruskan pembayaran.
  7. Sila tick pada list pembayaran anda dan tambah kan dalam troli. Kemudian, klik pada butang Teruskan dengan Pembayaran untuk ke laman pembayaran.
  8. Anda boleh pilih kaedah pembayaran melalui online banking atau kad debit / kredit. . Teruskan dengan bayaran, dan selesai bayar cukai tanah anda secara online.
  9. Cetak resit untk rujukan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cukai Tanah Johor, anda boleh melayari portal rasmi Pentadbiran Tanah Johor

 ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment