CUKAI PINTU KL (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI PINTU KL (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI PINTU KL

Kepada anda yang berada di Kuala Lumpur Jaya dan ingin membuat pembayaran Cukai Pintu, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai cara semkana dan bayar Cukai Pintu KL secara online, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI PINTU

Cukai pintu dikenakan terhadap individu yang memiliki kediaman di sesuatu kawasan perbandaran/ daerah. Cukai pintu (property tax) adalah cukai yang dikenakan atas kepemilikan sebuah properti, seperti tanah, bangunan, dan peralatan lain yang terkait dengan properti tersebut. Cukai pintu dikenakan oleh pemerintah setempat atau negara bagian dan digunakan untuk mengumpulkan dana untuk berbagai keperluan seperti pembangunan infrastruktur, pemeliharaan jalan, dan pendidikan.

 

KADAR CUKAI PINTU KL

Cukai pintu ditentukan berdasarkan nilai pasar dari properti tersebut. Nilai pasar ditentukan oleh pemerintah setempat atau negara bagian dan biasanya diperbarui setiap beberapa tahun. Nilai pasar ditentukan berdasarkan faktor-faktor seperti lokasi, ukuran, kondisi, dan fasilitas yang ada di properti tersebut.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI PINTU KL

Bil Cukai Taksiran Perlu dibayar 2 kali setahun iaitu sebelum 28 Februari bagi Penggal Pertama dan sebelum 31 Ogos bagi Penggal Kedua setiap tahun.

 

CARA SEMAK CUKAI PINTU KL

Anda boleh membuat semakan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Anda boleh menunggu surat cukai taksiran terus sampai ke alamat properti anda sama ada kediaman persendirian, kedai, tanah atau yang lain-lain.
  • Boleh layari laman web semakan cukai DBKL. Kemudian anda pilih semakan cukai pintu DBKL untuk membuat semakan.
  • Menggunakan Aplikasi Mobis DBKL (Play Store / Apple Store)
    • Buka aplikasi tersebut dan log masuk akaun anda. Jika pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu
    • Di paparan utama pilih butang Cukai Taksiran
    • Di paparan Cukai Taksiran masukkan maklumat No. Akaun Cukai Taksiran sama ada no akaun yang lama atau no yang baru
    • Klik butang semak
    • Maklumat Cukai Taksiran akan dipaparkan

 

CARA BAYAR CUKAI PINTU KL ONLINE

Anda kini boleh membuat pembayaran cukai pintu secara online menerusi aplikasi Mobis DBKL seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Mobis DBKL dan log masuk akaun anda. Jika pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu
  2. Di paparan utama pilih butang Cukai Taksiran
  3. Di paparan Cukai Taksiran masukkan maklumat No. Akaun Cukai Taksiran sama ada no akaun yang lama atau no yang baru
  4. Klik butang semak
  5. Maklumat Cukai Taksiran akan dipaparkan
  6. Klik bayar dan masukkan jumlah bayaran bayaran
  7. Klik pilih cara bayaran dan ikuti proses pembayaran hingga selesai
  8. Cetak bil bayaran untuk rujukan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cukai Pintu KL, anda boleh melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment