CUKAI PETAK SELANGOR (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI PETAK SELANGOR (Semakan No Akaun & Bayaran Online)

CUKAI PETAK SELANGOR

Tahukah anda, bagi pemilik Hakmilik Strata dikehendaki membuat pembayaran cukai petak yang dikenakan. Kepada warga Negeri Selangor urusan untuk semakan dan bayaran cukai petak, anda tidak perlu lagi ke Pejabat Tanah kerana kini semuanya boleh dilakukan online sahaja menggunakan eHasil Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI PETAK

Cukai petak pula merupakan cukai yang menggantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki strata.  Skim strata merupakan suatu projek pembangunan di mana blok-blok bangunan bertingkat dan/atau tanah dipecah bahagikan kepada petak-petak utama, petak aksesori dan harta bersama, yang terletak di dalam satu kawasan berpagar atau “gated community”. Contoh skim strata adalah seperti perumahan jenis kondominium, pangsapuri, “townhouse” , rumah kedai dan skim harta tanah strata.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI PETAK

Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

 

KADAR BAYARAN CUKAI PETAK SELANGOR

Berikut adalah merupakan kadar bayaran cukai petak iaitu:

Pembangungan skim strata berstatus kos rendahKadar cukai petak adalah 70% daripada kadar cukai tanah mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 dengan bayaran kadar minimum tertentu
Pembangunan berstrata selain kos rendahKadar cukai petak adalah 25% daripada kadar cukai tanah mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 dengan bayaran kadar minimum tertentu

,

CARA SEMAKAN CUKAI PETAK SELANGOR ONLINE

Untuk membuat semakan cukai petak secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor
  2. Klik ppada Cukai Tanah / Cukai Petak
  3. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  4. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  5. Paparan akan menunjukkan maklumat bil cukai anda

 

CARA BAYARAN CUKAI PETAK SELANGOR ONLINE

Untuk membuat bayaran cukai petak secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor
  2. Klik ppada Cukai Tanah / Cukai Petak
  3. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  4. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  5. Paparan bil cukai anda akan tertera. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
  6. Teruskan proses pembayaran anda melalui FPX (Financial Process Exchange).
  7. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
  8. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.

NOTA: Pihak PTG Selangor tidak akan membuat bayaran balik kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai tanah dan petak, anda boleh layari portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment