CARA TUKAR LIMIT QR PAY SCAN PAY MAE MAYBANK(Set Semula Transaction Limit)

CARA TUKAR LIMIT QR PAY SCAN PAY MAE MAYBANK(Set Semula Transaction Limit)

QR PAY LIMIT MAE

Sekiranya anda pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE bagi memudahkan urusan transaksi anda secara online dan membuat pembayaran menerusi QR Pay. Tetapi tahukah anda terdapat limit tertentu yang dihadkan untuk menggunakan QR Pay ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar limit QR Pay MAE Maybank, semoga membantu.

 

APA ITU MAE QR PAY

QR Pay adalah penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran kepada peniaga menggunakan kod respons pantas dua dimensi (QR) yang unik. Perkhidmatan ini tersedia di aplikasi MAE.

Terdapat dua cara untuk membuat pembayaran menggunakan QRPay iaitu:

  • Dynamic QR adalah di mana peniaga akan menetapkan harga dan pembeli cuma perlu imbas sahaja kod QR peniaga.
  • Static QR pula adalah kod QR akan diletakkan di kaunter bayaran dan pembeli perlu memasukkan jumlah bayaran setelah membuat imbasan kod QR outlet / kiosk tersebut.

 

KELEBIHAN GUNA LIMIT QR PAY MAE

Berikut adalah kelebihan menggunakan aplikasi Maybank QRPay:

  • Transaksi tanpa tunai dengan hanya menggunakan kod QR
  • Lebih selamat, cepat dan mudah
  • Mudah menjejaki serta memantau transaksi pembayaran bagi tempoh 90 hari
  • Transaksi bayaran secara real time di mana sebaik sahaja pembayaran dibuat, ianya akan terus dikreditkan ke akaun penerima
  • Tiada sebarang caj tambahan

 

HAD LIMIT QR PAY MAE MAYBANK

Terdapat 2 jenis had yang anda boleh tetapkan untuk transaksi MAE QRPay:

Had Transaksi Harian
  • Transaksi maksima yang dibenarkan dalam sehari adalah sebanyak RM 1,000 sahaja.
  • Kadar limit boleh diubah semula mengikut keperluan.
Had Kumulatif
  • Untuk transaksi QRPay RM250 dan ke bawah, tiada kata laluan atau Pengesahan Biometrik diperlukan tetapi ini akan tertakluk kepada had terkumpul maksimum sebanyak RM250
  • Had kumulatif lalai ialah RM250
  • Anda boleh menukar had ini melalui Aplikasi Maybank
  • Untuk bayaran di bawah RM250 atau di bawah had terkumpul pilihan yang ditetapkan, anda boleh mengimbas sahaja dan bayar. Untuk bayaran melebihi RM250 atau melebihi had terkumpul pilihan yang ditetapkan, anda
  • kata laluan atau capaian biometrik diperlukan atas sebab keselamatan

 

CARA TUKAR LIMIT QR PAY MAE MAYBANK

Kepada anda yang ingin mengubah had limit penggunaan QRpay Maybank2u anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun Maybank2u anda
  2. Pada paparan utama, klik pada Menu – garis tiga (berada di atas sebelah kiri)
  3. Seterusnya klik pada Me > QRPay > Payment Limit
  4. Masukkan sekali lagi kata laluan Maybank2u anda
  5. Kemudian pada bahagian Your Daily limit, ubahlah  had harian yang anda inginkan dalam gandaan RM50 (min RM0 – max RM1000)
  6. Setelah buat pilihan, klik done
  7. seterusnya klik confirm, dan anda akan terima no OTP melalui SMS. masukkan no OTP tersebut dan klik ok
  8. Paparan berjaya akan tertera, klik Next.
  9. Selesai, anda boleh membuat pembayaran seperti biasa dan tidak melebih had limit anda dalam satu transaksi pembayaran

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara aktifkan Maybank QRPay, anda boleh rujuk kepada soalan lazim DISINI

 ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment