Tidak Terima Notifikasi SECURE2U MAE Maybank(Cara Selesai Masalah)

Tidak Terima Notifikasi SECURE2U MAE Maybank(Cara Selesai Masalah)

NOTIFIKASI SECURE2U MAE MAYBANK

Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Kini Maybank  telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan Secure2u. Tetapi bagaimana jika tak terima notifikasi Secure2u di MAE Maybank? Disini kami ingin kongsikan cara untuk atasi dan selesaikan masalah ini, semoga membantu

 

APA ITU SECURE2U MAE MAYBANK

Secure2u merupakan ciri-ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih menjimatkan masa . Pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan tac

Secure2u menggandingkan peranti anda dengan akaun Maybank2u anda, menawarkan tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi yang dilakukan hanya boleh dibenarkan pada peranti berdaftar anda. Pengikatan peranti unik Secure2u mengurangkan pendedahan anda kepada penipuan SMS TAC.

 

MUAT TURUN APLIKASI MAE MAYBANK

Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi MAE di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:

 

PUNCA TAK TERIMA NOTIFIKASI SECURE2U MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara beberapa punca yang menyebabkan Secure2U anda tak terima iaitu:

  • Telah melebihi masa 50 saat yang diberikan untuk meluluskan transaksi melalui Aplikasi MAEe.
  • Sambungan internet anda yang tidak stabil
  • Ralat pada apliaksi MAE di telefon anda

 

CARA ATASI TAK TERIMA NOTIFIKASI SECURE2U MAE MAYBANK

Untuk membenarkan transaksi masa depan anda dengan lancar, pastikan anda telah mendayakan pemberitahuan tolak untuk apl MAE anda. Jika anda masih tidak menerima Pengesahan Selamat, anda boleh mendapatkannya semula dengan:

  1. Buka aplikasi MAE anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada ‘Secure2u’
  3. Butirannya notifikasi secure2u akan dipaparkan untuk anda approve.

 

CARA SELESAIKAN MASALAH TAK TERIMA NOTIFIKASI SECURE2U MAE MAYBANK

Bagi menyelesaikan masalah yang seringkai tidak menerima notifikasi Secure2u ini, berikut adalah beberapaca cara untuk selesaikannnya iaitu:

  1. Update Aplikasi Maybank2u atau MAE di google paly atau Apple Store
  2. Uninstall dan Install Aplikasi Maybank2u
  3. Hubungi Customer Service Maybank:
    • 1 300 88 6688 (Malaysia)
    • +603 7844 3696 (overseas)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SECURE2U MAE MAYBANK

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai Secure2u, anda boleh emrujuk pada pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment