CARA RELOAD GUNA MAE MAYBANK(Berapa Limit Boleh Top Up)

CARA RELOAD GUNA MAE MAYBANK(Berapa Limit Boleh Top Up)

MAE TOP UP

Kepada para pelanggan Maybank, smestinya anda telah install aplikasi MAE Maybank kerana memiliki perkhidmatan yang sangat mudah dan pantas untuk emlakukan sbaang transaksi secara online antaranya transaksi tambah nilai. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara top up guna MAE Maybank, semoga membantu.

 

KELEBIHAN MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA RELOAD/TOP UP GUNA MAE MAYBANK

Kepada anda yang ingin membuat tambah nilai menggunakan apliaksi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikas MAE di telefon anda
  2. Pada paparan Quick Action, pilih pada Reload
  3. Anda dikehendaki untuk memasukkan kata laluan Maybank2U anda, dan klik continue
  4. Pada bahagian ini, pilih talian telco yang tersedia daripada senarai yang anda ingin tambah nilai
  5. Seterusnya masukkan Nombor Telefon yang ingin anda tambah nilai pada bahagian yang tersedia.
  6. Seterusnya pilih Amount yang ingin reload dan seterusnya klik butang Continue.
  7. Paparan pengesahan elaod anda akan tertera. Sekiranya betul klik pada Pay Now
  8. Seterusnya klik Approve pada pengesahan Secure2U bagi pengesahan transaksi dalam masa 50 saat
  9. Reload Successfull, proses reload menggunakan aplikasi MAE ini telah berjaya.

 

HAD LIMIT RELOAD/TOP UP MAE MAYBANK

Bagi akaun e-wallet MAE terdapat had tertentu bagi urusniaga seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Baki maksimum tidak melebihi RM4,999.99 dalam satu- satu masa.
  • Had maksimum transaksi RM2,999.99 untuk setiap transaksi.
  • Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 5,000.00
  • Amaun transaksi terkumpul maksimum RM60,000.00 bagi setiap tahun kalender.

NOTA: Sekiranya Anda mempunyai Kad Debit MAE Visa, had pemindahan adalah maksimum RM10,000.00 setiap transaksi, RM10,000.00 sebulan dan RM120,000.00 sebulan tahun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment