KAD OKU HILANG ROSAK (Borang Jenis Permohonan Pemegang Meninggal)

KAD OKU HILANG ROSAK (Borang Jenis Permohonan Pemegang Meninggal)

KAD OKU

Terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan satu sistem di mana golongan OKU boleh membuat pendaftaran dan juga semakan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan OKU yang dinamakan sebagai SMOKU. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan penggantian Kad OKU bagi yang hilang atau rosak, semoga membantu.

 

APA ITU SMOKU

Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai sistem penyimpanan maklumat OKU bagi kegunaan pendaftaran OKU (peringkat PKMD) diseluruh negara.

 

KELEBIHAN DAFTAR KAD OKU JKM

Terdapat beberapa kelebihan yang akan dinikmati oleh OKU yang berdaftar dengan JKM iaitu:

  • Bantuan Kewangan JKM mengikut syarat dan kelayakan semasa.
  • Pelepasan atau pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  • Pengurangan tambang pengangkutan awam.
  • Bantuan Pelajar OKU di sekolah.

 

JENIS BANTUAN OKU JKM

Berikut adalah merupakan antara beberapa bantuan yang disediakan keapda OKU iaitu:

  1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  2. Geran Pelancaran (GP)
  3. Bantuan Alat Tiruan Dan Alatan Sokongan (BAT/S)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
  6. Bantuan Tongkat Putih “ White Cane” dan Mesin Braille

NOTA: untuk mengetahui kelayakan dan kadar bantuan lebih lanjut, sila layari pautan Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Bagi Orang Kurang Upaya

 

ELAUN BANTUAN KAD OKU JKM

Jumlah bantuan elaun OKU 2023 dinaikkan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan, Sekiranya anda tiada kerja. Tetapi jika anda bekerja jumlah bantuan naik dari RM400 kepada RM450 sebulan

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH RM500

Merujuk kepada Pakej Pemulih diumumkan Perdana Menteri, golongan dan kumpulan oku yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akan menerima bantuan tambahan RM500 selama 3 bulan. Penerima bantuan akan diberikan berdasar pengkalan data yang berada dalam Jabatan kebajikan Masyarakat JKM dan merupakan pemegang kad yang sah

 

KELAYAKAN GANTIAN KAD OKU JKM

Permohonan penggantian Kad adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

 

CARA PERMOHONAN PENGGANTIAN KAD OKU JKM (Hilang/Rosak)

Kepada anda yang ingin mendapatkan penggantian kad yang hilang atau rosak, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Gantian Kad
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik semak
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan sehingga selesai.

NOTA: Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara penggantian kad OKU hilang atau rosak, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau hubungi atau emelkan kepada : Unit OKU JKM Negeri berkaitan

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment