KAD MAE MAYBANK HILANG(Cara Report & Dapatkan Semula)

KAD MAE MAYBANK HILANG(Cara Report & Dapatkan Semula)

KAD MAE MAYBANK HILANG

Sekiranya anda kehilangan kad debit MAE, semestinya anda perlu ketahui tindakan awal yang perlu dilakukan bagi memastikan baki duit dalam akaun anda terselamat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara report kad MAE Maybank hilang dan juga cara dapatkan kembali, semoga membantu.

 

KELEBIHAN KAD DEBIT MAE

Kad MAE ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Apabila anda membuat perjalanan luar negara, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan anda mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada.

 

CARA REPORT KAD DEBIT MAE MAYBANK HILANG

Sekiranya kad debit MAE anda hilang, berikut adalah merupakan cara untuk lapornya iaitu:

  • Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Maybank di nombor telefon:
    • 1-300-88-6688 (untuk perkhidmatan domestik)
    • +603-7844 3696 (untuk perkhidmatan dari luar negara).
  • Maklumkan kepada pegawai berkenaan bahawa kad debit MAE Maybank anda hilang.
  • Pihak bank akan segera menyekat akaun Anda, sehingga baki akaun boleh selamat. Untuk memastikan wang Anda selamat, sila buat semak baki akaun MAE Maybank secara online.

 

CARA PERMOHONAN DAPATKAN SEMULA KAD DEBIT MAE

Kepada anda yang ingin membuat permohonan kembali kad Debit MAE anda, berikut adalah merupakan caranya:

  • Login dahulu akaun MAE log di LOGIN MAE MAYBANK
  • Pergi ke menu maybank2u
  • Tekan pada bahagian akaun
  • Pada bahagian akaun tekan pada kotak kuning di bawah iaitu “ tap to apply”
  • Lihat pada bahagian request card
  • Permohonan kad akan dikenakan cas sebanyak 8 ringgit
  • Tekan butang continue
  • Pop up akan keluar dan tekan butang proceed
  • Untuk tujuan keselamatan, anda dikehendaki swafoto dan ambil gambar kad pengenalan
  • Tekan butang continue
  • Scan gambar kad pengenalan( pastikan bahagian depan dicondongkan sedikit agar Nampak gambar bunga raya)
  • Masukkan alamat kediaman
  • Masukkan OTP kod yang di hantar ke telefon anda
  • Permohonan Berjaya
  • Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja
  • RM 8 ringgit akan ditolak dari akaun MAE anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Debit MAE Maybank hilang, sila layari pautan MAE by Maybank2u (FAQ)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment