BSNSECURE FAILED SELALU EXPIRED(Cara Atasi Selesaikan Problem)

BSNSECURE FAILED SELALU EXPIRED(Cara Atasi Selesaikan Problem)

BSNSECURE FAILED EXPIRED

Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Tetapi bagaimana jika BSNSecure selalu Expired dan Failed? Disini kami ingin kongsikan cara untuk atasi dan selesaikan masalah ini, semoga membantu

 

APA ITU BSNSECURE

BSNSecure adalah aplikasi (apps) untuk mengesahkan transaksi Perbankan Internet myBSN anda dengan mudah dan selamat melalui peranti mudah alih berdaftar anda. Sebaik sahaja anda telah mendaftar dan mengaktifkan Aplikasi BSNSecure sebagai mod pengesahan, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan SEMUA transaksi Perbankan Internet myBSN anda menggantikan SMS TAC 

 

TARIKH PERLAKSANAAN BSNSECURE

Mulai 1 Julai 2023, semua transaksi Perbankan Internet myBSN akan dibenarkan melalui Aplikasi BSNSecure, menggantikan SMS TAC.

 

MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE

Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:

 

PUNCA BSNSECURE FAILED SELALU EXPIRED

Berikut adalah merupakan antara beberapa punca yang menyebabkan BSNSecure anda gagal iaitu:

  • Telah melebihi masa 60 saat yang diberikan untuk meluluskan transaksi melalui Aplikasi BSNSecure.
  • Sambungan internet anda yang tidak stabil

 

CARA ATASI BSNSECURE FAILED SELALU EXPIRED

Sekiranya tiada BSNSecure Verification (Pemberitahuan Semerta) diterima disebabkan oleh isu sambungan Internet (Internet connectivity), Secure TAC akan berfungsi untuk anda mengesahkan transaksi Perbankan Internet myBSN.

Nombor Secure TAC 6-digit akan dijana pada aplikasi BSNSecure. Anda boleh menggunakan nombor tersebut untuk mengesahkan transaksi pilihan yang dilakukan melalui Perbankan Internet myBSN seperti:

  1. Lakukan transaksi melalui Perbankan Internet myBSN yang memerlukan pengesahan BSNSecure
  2. Klik pada Request Code di halaman pengesahan transaksi
  3. Perbankan Internet myBSN akan memaparkan Kod Cabaran untuk dimasukkan oleh pelanggan pada Aplikasi BSNSecure
  4. Masukkan Challenge Code pada Aplikasi BSNSecure untuk menjana 6 digit Secure TAC
  5. Masukkan nombor Secure TAC pada Perbankan Internet myBSN dan tekan Confirm untuk menyelesaikan transaksi.

NOTA: Kaedah pengesahan melalui Secure TAC hanya akan diaktifkan selepas 60 saat setelah sesi BSNSecure Verification (Pemberitahuan Semerta) telah tamat tempoh.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BSNSECURE

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai BSNSecure, anda boleh emrujuk pada pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment