Cara Beli Bayar Shopee Guna MyBSN BSNSecure

Cara Beli Bayar Shopee Guna MyBSN BSNSecure

BAYAR SHOPEE MYBSN BSNSECURE

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana cara beli di shopee dan bayar guna MyBSN BSNSecure terkini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

KELEBIHAN BELI DI SHOPEE

Antara kelebihan menggunakan platform Shopee adalah:

  • kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
  • Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
  • Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
  • Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
  • Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan pelbagai lagi

 

CARA BELI DI SHOPEE DAN BAYAR GUNA MYBSN BSNSECURE

Kepada anda yang ingin membeli barang di shopee dan ingin membuat pembayaran menggunakan MyBSN BSN SECURE, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Shopee atau layari website Shopee
  2. ada menu utama anda boleh membuat pencarian barangan dan Tambah dalam Troli:
  3. Anda perlu taip item yang hendak dibeli pada ruang search dan tekan enter.
  4. Anda boleh memilih design yang disukai dengan harga yang bersesuaian. Seterusnya tekan add to cart.
  5. Jika anda telah selesai memilih barang, anda perlu tekan pada shopping cart. Tick pada barangan yang ingin anda belikan.
  6. Sekiranya anda mempunyai kod promosi, boleh masukan disitu dengan menaip kod pada kotak yang disediakan. Anda akan dapat potongan harga daripada shoppe coin dan kod promosi. Setelah selesai klik pada Check Out
  7. Pada bahagian Payment Option, pilih Online Banking > pilih MyBSN. Seterusnya klik pada Place Order
  8. Log masuk akaun MyBSN anda seperti biasa
  9. Bagi pengesahan transaksi, anda juga akan menerima notifikasi (Push Notification) BSNSecure di Aplikasi BSNSecure yang berdaftar. Anda hanya perlu “Approve” atau “Reject” transaksi tersebut dalam masa 60 saat.
  10. Sekiranya anda ingin meneruskan transaksi tersebut, klik pada Approve
  11. Buka kembali aplikasi shopee anda, paparan akan menunjukkan proses reload anda telah berjaya. Selesai
  12. Tunggu barang anda sampai di alamat rumah anda.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment