Cara Bayar Pinjaman Loan Kereta Guna Aplikasi MAE

Cara Bayar Pinjaman Loan Kereta Guna Aplikasi MAE

BAYAR LOAN KERETA GUNA MAE

Kebanyakkan orang mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kerata kan. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni. Disini kami ingin kongsikan cara untuk bayar pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online menerusi MAE Maybank, semoga membantu.:

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

CIRI-CIRI APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

CARA BAYAR LOAN KERETA GUNA MAE MAYBANK

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran pinjaman kerea dengan Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan iaitu:

  1. Log masuk aplikasi MAE di telefon anda
  2. Klik ‘Accounts & Banking’ > ‘Bill Payments’ > ‘Make a One-off Payment’
  3. Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
  4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan > Klik ‘Continue’
  5. Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam > Klik ‘Continue’
  6. Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
  7. Luluskan pengesahan Secure2U yang tertera dengan klik pada Approve
  8. Selesai pembayaran anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment