UTC PUDU JPJ WAKTU OPERASI(Operating Hours & Cara Guna QMS Ambil Nombor Giliran)

UTC PUDU JPJ WAKTU OPERASI(Operating Hours & Cara Guna QMS Ambil Nombor Giliran)

UTC PUDU JPJ

Kepada anda yang ingin membuat urusan di kaunter JPJ UTC pudu, kini anda boleh mengambil tiket giliran secara QMS melalui telefon pintar sebelum hadir ke UTC. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU QMS

Queue Management System (QMS)  atau sistem pengurusan giliran merupakan kaedah mengambil  tiket giliran digital (tanpa kertas) sebagai sebahagian daripada usaha untuk kelestarian alam sekitar.

 

KELEBIHAN QMS

Melalui QMS yang baharu, pelanggan akan menikmati ciri-ciri seperti berikut:

  • Tiket giliran tanpa cetak
  • Tempahan janji temu sebelum kunjungan ke cawangan

 

WAKTU OPERASI JPJ UTC PUDU

Berikut adalah merupakan waktu operasi di UTC Pudu iaitu:

  • Isnin 8:00 PG–7:00 PTG
  • Selasa 8:00 PG–7:00 PTG
  • Rabu 8:00 PG–7:00 PTG
  • Khamis 8:00 PG–7:00 PTG
  • Jumaat 8:00 PG–7:00 PTG
  • Sabtu 8:00 PG–5:00 PTG
  • Ahad 8:00 PG–5:00 PTG

 

TARIKH KUATKUASA PERLAKSANAAN QMS JPJ UTC PUDU

Dimaklumkan bahawa pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan UTC Pudu akan menggunakan QMS baru mulai 13 Julai 2023

 

CARA BERURUSAN JPJ DI UTC PUDU

Berikut adalah merupakan cara untuk anda berurusan di kaunter JPJ iaitu:

  • Hadir ke UTC pudu dan pastikan anda telah mengambil no giliran menerusi aplikasi QMS
  • Setelah no anda dipanggil, maklumkan pegawai bertugas tersebut mengenai urusan anda
  • Ikuti arahan pegawai tersebut selanjutnya sehingga selesai
  • Akhir sekali, pemohon perlu membuat bayaran (jika berkenaan)

 

CARA AMBIL NOMBOR GILIRAN JPJ UTC PUDU GUNA QMS

Sekiranya anda mempunyai urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan UTC pudu, anda dikehendaki untuk mengambil no giliran menerusi aplikasi QMS. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun dan install aplikasi QMS di telefon anda (Play Store / Apple Store)
  2. Buka aplikasi tersebut
  3. Pada papapran menu utama klik pada Service Providers
  4. Seterusnya pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) > pilih WP Kuala Lumpur > pilih UTC Sentul
  5. Paparan akan menunjukkan giliran yang masih waiting. Klik pada Get Ticket
  6. Paparan Pop Up Get Ticket akan tertera, klik pada Quene Ticket
  7. Selesai, anda telah dapatkan no giliran anda. Sila pastikan anda hadir mengikut tempoh masa yang ditetapkan pada slip giliran tersebut

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment