MAYBANK MAE MULTIPLE ACCOUNT(Cara Guna Transfer Duit 2 Lebih Akaun Syarikat Current Account)
Jika anda merupakan pelanggan Maybank, sudah semestinya anda menggunakan aplikasi MAE By Maybank di telefon anda bagi memudahkan urusan transaksi anda. Tetapi menjadi kesulitan apabila anda mempunyai dua akaun atau lebih termasuklah akaun syarikat. Ini kerana terdapat kesulitan untuk didaftarkan dalam MAE. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar Maybank MAE multiple account, semoga membantu.
PENGENALAN SECURE2U MAE
Secure2u adalah perkhidmatan eBanking Maybank untuk transaksi kewangan yang boleh diakses menerusi aplikasi pada telefon pintar dengan sambungan internet.
Secure2u merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac yang kadang – kala mengambil masa yang agak lama. Pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan tac
KELEBIHAN GUNA MAE
Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:
- Senang digunakan
- Hantar dan terima wang
- Jejak setiap sejarah transaksi
- Sahkan transaksi melalui Secure2u
- Tubuhkan tabung untuk simpanan
- Jejak perbelanjaan dengan Expenses
- Split bill
- Pautkan kad kesetiaan
- Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE
MUAT TURUN APLIKASI MAE
Seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi MAE By Maybank di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAFTAR MAYBANK MAE MULTIPLE CURRENT ACCOUNT
Sebenaranya untuk makluman anda, bagi penggunaan MAE ini adalah 1 akaun personal (1 aplikasi MAE) atau akaun syarikat (1 aplikasi MAE) di telefon anda. Tetapi sekiranya anda mempunyai akaun syarikat lebih darupada satu, terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan tetapi sebanarnya ianya merumitkan anda seperti berikut:
- Unlink Akaun DI MAE
- Untuk kaedah ini anda seharusnya unlink akaun yang telah didaftarkan di MAE dan kemudian barulah anda boleh link kan dengan akaun lain.
- Tetapi bagi pengesahan akaun baharu tersebut nanti selepas di link kan adalah mengambil masa 12 jam untyuk aktifkan fungsi secure2u tersebut
- Guna aplikasi Clone (dual apps)MAE
- Sekiranya telefon anda mempunyai fungsi clone ini, anda boleh gunakan kaedah ini untuk log masuk akaun personal dan akaun syarikat anda
- Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak akaun syarikat ianya agak menyukarkan juga keranan clone ini terhad kepada dua sahaja
- Guna pelbagai telefon
- Cara ini amat menyenangkan tetapi ianya memerlukan pengguna telefon yang banyak.
- Bayangkan anda mempunyai 5 akaun syarikat dan terpaksa menggunakan 5 telefon yang berbeza.
CARA DAFTAR MAYBANK MAE MULTIPLE PERSONAL ACCOUNT
Bagi akaun personal sekiranya anda mempunyai lebih daripada 1 tetapi anda boleh gunakan hanya 1 aplikasi MAE sahaja kerana ianya menggunakan ID yang sama.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank MAE Multiple Account, sila layari portal rasmi MAE Maybank
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “MAYBANK MAE MULTIPLE ACCOUNT(Cara Guna Transfer Duit 2 Lebih Akaun Syarikat Current Account)”