PERATURAN GAMBAR IC LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)

PERATURAN GAMBAR IC LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)

GAMBAR IC

Kepada anda yang ingin membuat kad pengenalan, semestinya anda perlu mengetahui cara atau peraturan yang berkenaan semasa mengambil gambar ic. Disini kami akan kongsikan kepada anda pakaian yang bersesuaian, semoga membantu

 

APA ITU KAD PENGENALAN

Kad pengenalan atau MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

 

MAKSUD MyKAD

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

 

FUNGSI MyKAD

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k / 80k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch ‘n Go, kad ATM, maklumat kesihatan, Kad diskaun serta maklumat pasport.

 

PERATURAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR IC

Untuk makluman anda, tiada peraturan khusus yang ditetapkan untuk mengambul gambar ic. Walaubagaimanapun, berikut adalah panduan yang boleh anda rujuk supaya memudahkan urusan anda iaitu:

  1. Seharusnya anda memakai pakaian formal atau yang bersesuaian. Sebaiknya memakai baju yang berlengan dan sama ada berkolar atau tidak. Tetapi anda sesetengah JPN tidak terima baju yang tak ada kolar. Dinasihatkan untuk anda memakai pakai baju yang berkolar dan warna gelap.
  2. Sebaiknya memakai baju yang bewarna gelap kerana background untuk gambar MyKad tu warna putih.Sekiranya anda pakai baju warna cerah, petugas JPN akan meminta anda pakai kot yang disediaka.
  3. Kepada perempuan yang bertudung pun seharusnya memakai tudung yang bewarna gelap. Sebaiknya jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala kerana ianya akan pantulkan cahaya kamera.
  4. Kepada anda yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Keapda anda yang sememangnya rambut memang dah sedia putih (beruban), anda boleh memakai songkok atau kopiah gelap.
  5. Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening.
  6. Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Untuk kes ini, anda juga boleh merujuk pada petugas terlebih dahulu.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai panduan gambar ic, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PERATURAN GAMBAR IC LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)”

Leave a Comment