BORANG TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR(Permohonan Anak Harta Sepencarian Iddah)

BORANG TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR(Permohonan Anak Harta Sepencarian Iddah)

BORANG TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR

Kepada pasangan yang bercerai, bagi seorang isteri boleh membuat tuntutan nafkah. Disini kami akan kongsikan kepada anda jensi nafkah boleh dituntut dan cara dapatkan borang permohonan tuntutan nafkah bagi di negeri Selangor, semoga membantu.

 

JENIS DAN KATEGORI TUNTUTAN NAFKAH SELEPAS PERCERAIAN

Berikut adalah merupakan perkara-perkara yang boleh dituntut dimahkamah syariah selepas perceraian iaitu:

JENIS NAFKAHKETERANGAN
Nafkah EdahNafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
Mut’ahiaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
Harta SepencarianHarta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Tunggakan NafkahTunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.
Tunggakan Nafkah AnakTunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.
Hak Jagaan Anak HadhanahBermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

Nafkah anakIni termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
Hak Tempat TinggalSeseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah

 

KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN NAFKAH

Berikut adlaah merupakan antara kelayakan untuk tuntutan nafkah ini boleh dibuat apabila bekas suami:

  • Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya;
  • Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya;
  • Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah; atau
  • Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

 

MUAT TUTUN BORANG TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR

Bagi memudahkan urusan anda membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang permohonan tersebut melalui pautan di bawah:

  • Tuntutan Nafkah Isteri (Word / PDF)

 

DOKUMEN DIPERLUKAN TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan tuntutan nafkah seperti berikut:

  • Pernyataan Tuntutan dan Borang Maklumat Diri – 1 Asal & 2 Salinan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Pasport – Plaintif/ Defendan – 1 salinan
  • Jika alamat di dalam kad pengenalan bukan dalam Daerah berbidangkuasa/ Negeri Selangor, isi Borang Pengesahan Pemastautinan (Boleh didapati di kaunter/ laman web JAKESS). TEMPOH SAH LAKU ADALAH 4 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN ATAU kemukakan bil air/ bil elektrik atas nama Plaintif) – 1 Asal & 2 Salinan
  • Surat Pengesahan Majikan (Jika Plaintif adalah anggota Polis/ Tentera) – 1 Asal & 2 Salinan
  • Salinan Surat Perakuan Nikah/ Ruju’ – 1 salinan
  • Salinan Slip Gaji/ Penyata Pendapatan Defendan (jika ada) – 1 salinan
  • Slip/ Penyata Bank Plaintif (jika ada) – 1 salinan

 

CARA PERMOHONAN TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR

Berikut adalah merupakan panduan tuntutan nafkah iaitu:

  • Tuntutan berjumlah RM300,000.00 dan ke bawah hendaklah didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah dan tuntutan berjumlah RM300,000.01 dan ke atas hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah.
  • Sila sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pendaftaran.
  • Setiap borang permohonan hendaklah diisi dengan kemas, jelas dan mudah untuk dibaca.
  • Setiap salinan dokumen hendaklah disediakan dengan kertas bersaiz A4.
  • Setiap tuntutan hendaklah didaftarkan oleh Plaintif atau Peguam Syarie yang telah dilantik sahaja.
  • Salinan Saman/ Dokumen PERLU ditambah mengikut bilangan, sekiranya pihak-pihak melebihi daripada seorang. (jika berkaitan sahaja).
  • Pendaftaran tidak akan diterima (ditolak) JIKA GAGAL mengemukakan dokumen tersebut dengan lengkap.
  • Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah dilarang.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai borang tuntutan nafkah di negeri Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “BORANG TUNTUTAN NAFKAH SELANGOR(Permohonan Anak Harta Sepencarian Iddah)”

Leave a Comment