SIJIL CERAI HILANG(Cara Dapatkan Perintah Perceraian & Bila Boleh Ambil)

SIJIL CERAI HILANG(Cara Dapatkan Perintah Perceraian & Bila Boleh Ambil)

SIJIL CERAI

Sekiranya sijil cerai hilang, semestinya anda ingin ketahui prosedur untuk dapatkan kembali. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya serta tempoh bila boleh diambil, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU ADA SIJIL CERAI

Apabila sesuatu pasangan berCERAI dengan kebenaran/pengesahan Mahkamah maka mereka akan dibekalkan dengan SIJIL CERAI. Sijil-sijil ini adalah bukti status semasa pihak-pihak tersebut. Simpan SIJIL SEMASA tersebut sebagai bukti atau rujukan sehari-harian anda

 

CARA PERMOHONAN SIJIL CERAI HILANG

Berikut adalah merupakan Prosedur untuk mendapatkan Surat Perakuan Perceraian yang hilang atau rosak iaitu:

  • Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Agama yang didaftarkan penceraian
  • Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan salinan Surat Perakuan Cerai
  • Pastikan pemohon membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut :
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
    • Salinan Surat Perakuan Cerai ( jika ada );
    • Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Cerai hilang dalam simpanan atau rosak ( satu surat akuan sumpah untuk satu Surat Perakuan Cerai );
  • Kadar bayaran dikenakan adalah RM 10.00 untuk satu Surat Perakuan Cerai.
  • Surat Perakuan Cerai yang baru akan dikeluarkan selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendaftaran.

 

CARA DAPATKAN PERINTAH PERCERAIAN

Berikut adalah prosuder untuk dapatkan perintan perceraian ini iaitu:

  1. Membuat aduan di Jabatan Agama Islam di daerah dan nyatakan keinginan untuk bercerai.
  2. Selepas aduan diterima, Pegawai Agama akan menasihatkan anda dan pasangan untuk mendapatkan kaunseling dan pasangan perlu menghadiri maksimum 3 sesi kaunseling dalam tempoh 2-3 bulan.
    • Jika pendamaian tidak dapat dicapai atau suami enggan hadir ke sesi kaunseling, Pegawai Agama akan membuat kesimpulan bahawa proses kaunseling tidak dapat diteruskan dan menasihati anda untuk memohon kepada Mahkamah untuk bercerai.
    • Pegawai Agama akan memberikan anda surat rujukan untuk dibawa ke Mahkamah Syariah.
  3. Bawa surat rujukan tersebut ke Mahkamah Syariah dan daftarkan permohonan perceraian di bawah mana-mana satu daripada pilihan perceraian yang ada.
    • Para isteri dinasihatkan untuk memohon fasakh untuk permohonan cerai.
    • Pada masa yang sama, anda juga dinasihatkan supaya membuat permohonan untuk tuntutan nafkah dan hak penjagaan mana-mana anak.
  4. Apabila permohonan perceraian didaftarkan di Mahkamah, Mahkamah akan mengeluarkan saman terhadap suami anda.
    • Suami anda perlu menghadiri Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam saman itu.
    • Mahkamah akan menyiasat permohonan perceraian dan persetujuan oleh kedua belah pihak untuk bercerai dan membenarkan perceraian jika Mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua belah pihak tidak dapat berdamai.
    • Untuk perceraian melalui talaq, jika kedua belah pihak bersetuju, Mahkamah akan meminta suami melafazkan talaq di dalam Mahkamah dan Hakim akan mengeluarkan perintah yang berkaitan.
    • Jika suami tidak bersetuju, Mahkamah akan merujuk pihak kepada jawatankuasa pendamai untuk percubaan ruju’.
    • Isteri boleh mencabar permohonan talaq suami sekiranya isteri yakin bahawa konflik rumah tangga yang berlaku datangnya dari suami.

 

CARA MENDAFTAR PERCERAIAN (ISLAM)

Pendaftaran perceraian hendaklah didaftarkan di Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri selepas mendapat Perintah/Penghakiman Mahkamah.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan sijil cerai, anda boleh merujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing atau melayari portal rasmi MyGovernment

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “SIJIL CERAI HILANG(Cara Dapatkan Perintah Perceraian & Bila Boleh Ambil)”

Leave a Comment