PERMOHONAN PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI(Tutup Jalan DBKL)

PERMOHONAN PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI(Tutup Jalan DBKL)

PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI

Kepada warga penduduk di Kuala Lumpur, sekiranya anda bercadang untuk membuat majlis perkahwinan dan memasang khemah seharusnya anda mendapatkan permit terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan permit pasang khemah kenduri meneri Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL), semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MENDAPATKAN PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI DBKL

Individu atau kumpulan yang menutup atau menghalang jalan telah melanggar undang-undang Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, di bawah Seksyen 46(1)(a).

  • Seksyen 46(1)(a) – membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan, atau disenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam;”

Akta tersebut menyatakan bahawa penubuhan apa-apa jenis bahan yang boleh menghalang kawasan awam dianggap suatu kesalahan. Anda bertanggungjawab untuk kesalahan tersebut, di mana anda boleh ditangkap tanpa waran atau didenda tidak melebihi RM500. Sekiranya kesalahan ini berterusan, denda akan ditingkatkan, sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi RM1,000.

 

AKTIVITI-AKITIVITI YANG MEMERLUKAN PERMIT PENUTUPAN SEMENTARA DBKL

Seringkala sesetengah upacara memerlukan ruang diatas jalanraya untuk mendirikan khemah-khemah dan pentas-pentas untuk memeriahkan upacara tersebut. Oleh itu pihak –pihak yang terbabit perlu memohon Permit Penutupan Sementara yang tidak melebih 3 hari bagi aktiviti-akitiviti berikut :

  • Acara-acara yang dianjurkan oleh Kementerian, agensi-agensi kerajaan atau syarikat-syarikat swasta
  • Promosi-promosi barangan di kawasan-kawasan komersial Taman Perumahan
  • Majlis-majlis yang berskala kecil seperti Hari Keluarga, perkahwinan, kematian

 

PANDUAN UNTUK PASANG KHEMAH KENDURI DBKL

Berikut adalah merupakan panduan sekiranya anda ingin memasang khemah di atas jalan iaitu:

  • Hantar permohonan permit pengurusan lalulintas kepada Majlis Perbandaran kawasan anda di bahagian Penilaian.
  • Upah RELA untuk jaga trafik dan selesaikan segala urusan-urusan lain. Buat pengetahuan anda, RELA bertugas untuk pihak PBT.
  • Buat bayaran untuk RELA sekitar RM100 – RM200 seorang bergantung kepada tempat, situasi dan masa.

 

TEMPOH PERMIT PENUTUPAN LALULINTAS DBKL

Permit permohonan penutupan lalulintas akan diberikan dengan syarat tidak melebihi 3 hari.

 

CARA PERMOHONAN PERMIT PASANG KHEMAH DBKL

Kepada anda yang ingin membuat permohonan penutupan jalan bagi memasang khemah, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun Borang Permohonan Untuk Menggunakan Sebahagian Jalan Bagi Mendirikan Khemah Untuk Majlis
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap
  3. Hantarkan borang tersebut ke alamat:
    Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Tingkat 8 Utara, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

NOTA: Pastikan borang permohonan yang lengkap perlu dikemukakan dua (2) minggu sebelum tarikh pemasangan / majlis diadakan. PERMOHONAN YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPROSES.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan permit pasang khemah kenduri di KL, anda boleh merujuk portal rasmi Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PERMOHONAN PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI(Tutup Jalan DBKL)”

Leave a Comment