CARA BUAT ADUAN COP PARKING DBKL(Kadar Denda Rujuk Akta)

CARA BUAT ADUAN COP PARKING DBKL(Kadar Denda Rujuk Akta)

COP PARKING DBKL

Kepada warga penduduk di Kuala Lumpur, semestinya anda ketahui bahawa untuk mendapatkan parking kenderaan amatlah susah. Tahukan anda terdapat denda yang dikenakan jika anda cop parking tanpa membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan cop parking Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL), semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MENDAPATKAN COP PARKING DBKL

Amalan budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

 

KADAR DENDA COP PARKING DBKL

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

CARA MOHON PARKING KHAS DBKL

Kepada anda yang ingin memohon parking khusus buat anda berikut adalah merupakan caranya:

  • Petak khas hanya boleh didapati dengan kelulusan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
  • Pemilik premis boleh memohon dengan mengisi borang dan menyediakan segala informasi yang diperlukan oleh DBKL bagi tujuan pengesahan.
  • Pengguna diwajibkan menggunakan PENGHADANG PETAK KHAS diatas petak yang telah ditetapkan.
  • Permohonan boleh dibuat secara online menerusi CityCarPark

 

CARA MOHON PARKING PERUMAHAN DBKL

Anda boleh merujuk kepada badan pengurusan yang ditubuhkan boleh membuat permohonan komuniti berpagar kepada PBT mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Pengurusan Bandar dan Desa.

 

CARA BUAT ADUAN COP PARKING DBKL

Sekiranya anda mendapati terdapat perbuatan cop parking, anda kini boleh membuat aduan menerusi Talian Whatsapp Skuad Kecemasan DBKL seperti berikut:

  1. Whatsapp Skuad Kecemasan DBKL di talian 011-65399004
  2. Kirimkan gambar dan lokasi aduan

Nota: Anda juga boleh buat aduan secara lisan di talian 03-92843434.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan permit pasang khemah kenduri di KL, anda boleh merujuk portal rasmi Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment