CARA KIRAAN ZAKAT EMAS SELANGOR(Bila Kena Bayar Dipakai)
Kepada umat Islam semestinya ketahui emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara kiraan Zakat Emas di Negeri Selangor, semoga membantu.
DALIL ZAKAT EMAS
Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:
- Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]
JENIS KEADAAN EMAS DIKENAKAN ZAKAT
Berikut adalah keadaan emas yang dikenakan zakat iaitu:
Emas Perhiasan Wanita | Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai |
Emas Bukan Perhiasan | Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. |
Emas Bercagar | Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan. |
Emas Pelaburan Patuh Syarak | Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu;
|
CARA KIRAAN ZAKAT EMAS SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara kiraan zakat emas di negeri Selangor iaitu:
Emas Perhiasan Wanita | Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
|
Emas Bukan Perhiasan | Dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram
|
Emas Bercagar |
|
Emas Pelaburan Patuh Syarak | Pelaburan dalam emas fizikal
|
Pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook)
|
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara kiraan Zakat Emas Selangor, anda boleh emlayari portal rasmi Zakat Selangor
ARTIKEL LAIN: