BERAPA BAYARAN DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR(Rayuan & Pengalaman)

BERAPA BAYARAN DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR(Rayuan & Pengalaman)

DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH

Perkahwinan merupakan satu penyatuan antara dua hati daripada bukan mahram kepada suami isteri. Tetapi bukan mudah untuk mengekalkan status pertalian kerana hari-hari mendatang kita akan melalui fasa-fasa yang tidak terduga. Sekiranya berlaku penceraian di luar mahkamah, seharusnya anda mengetahui tentang denda cerai luar mahkamah. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

KENAPA KENA DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH

Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.

Melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.

 

APA YANG PERLU DIBUAT JIKA CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR

Seekiranya terjadi penceraian luar mahkamah, anda perlu merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin. Buat satu permohonan untuk memohon pengesahan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.

 

CARA DAPAT SURAT PERAKUAN CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR

Kepada anda yang ingin mendapatkan surat perakuan cerai, berikut adalah caranya:

  • Anda perlu hadir ke kaunter Hotline Bahagian Penguatkuasaan bagi membuat aduan berkenaan kesalahan bercerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah.
  • Setelah aduan dibuat anda akan diberikan tarikh temujanji untuk rakaman percakapan oleh pegawai Penyiasat.
  • Setelah sesi rakaman percakapan selesai, anda perlu hadir ke Unit Undang-undang Keluarga Islam Daerah bagi membuat permohonan pendaftaran perceraian bagi proses pengeluaran Surat Perakuan Cerai.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PERAKUAN CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR

Pastikan anda membawa dokumen yang perlu semasa membuat aduan cerai luar mahkamah di kaunter hotline penguatkuasa seperti berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Perintah Mahkamah berkenaan pengesahan lafaz cerai.
  • Saman dan Penyata tuntutan kes pengesahan perceraian di Mahkamah.
  • Surat Perakuan Pernikahan.

 

KADAR DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH

Merujuk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-WilayahPersekutuan) 19 84 (Akta 303) – Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

  • Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran denda cerai luar mahkamah, anda boleh melayari pautan portal Permohonan Nikah Cerai Rujuk (NCR) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

ARTIKEL LAIN:

3 thoughts on “BERAPA BAYARAN DENDA CERAI LUAR MAHKAMAH SELANGOR(Rayuan & Pengalaman)”

Leave a Comment