BORANG NIKAH SELANGOR (Permohonan NCR JAIS Online)

BORANG NIKAH SELANGOR (Permohonan NCR JAIS Online)

BORANG NIKAH SELANGOR

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di Negeri Selangor, sudah tentunya ingin mengetahui cara untuk membuat permohonan kebenaran perkahwinan. Terkini permohonan kebenaran perkahwinan boleh dilakukan secara online melalui Portal SPPIM ( Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dapatkan Borang Nikah Selangor online, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL SPPIM

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

 

MODUL TERSEDIA PORTAL SPPIM

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah:

  • Permohonan kursus pra-perkahwinan
  • Permohonan kebenaran nikah
  • Pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

 

SENARAI SEMAK BORANG NIKAH SELANGOR

Berikut adalah merupakan senarai borang semak yang tersedia menerusi portal Nikah Cerai rujuk (NCR) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti berikut:

 

PANDUAN HANTAR BORANG NIKAH SELANGOR

Berikut adalah panduan ringkas penghantaran borang nikah iaitu::

  • Isi Borang Nikah Online di SPPIM
  • Buat HIV test & kursus kahwin
  • Lelaki pergi kariah
  • Lelaki submit borang dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
  • Lelaki pass borang lengkap pada Perempuan
  • Perempuan pergi kariahPerempuan submit borang dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

 

CARA  ISI BORANG KEBENARAN NIKAH SELANGOR ONLINE

Berikut adalah merupakan panduan permohonan kebenaran nikah bagi negeri selangor:

  1. Layari Portal SPPIM
  2. Klik pada Benar Nikah Online
  3. Seterusnya klik pada Permohonan Baru.
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan (wajib isi semua yang bertanda *) seperti:
    • Maklumat Pemohon Laki
    • Maklumat Pemohon Perempuan
    • Maklumat Kebenaran
    • Maklumat Wali
  5. Setelah lengkap semuanya, klik Seterusnya
  6. Seterusnya tick pada Saya Bersetuju dan tekan Hantar.
  7. Pastikan anda mencetak borang permohonan dan cetak senarai semak.
    • Permohonan Kebenaran Berkahwin
    • Pemakluman Keputusan Ujian Saringan HIV (JAIN)
    • Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
    • Akuan Pengesahan Permastautinan (Jika berkenaan & sekurang-kurangnya 6 bulan dan lebih untuk pemohon di Selangor)
    • Pengesahan Tempat Tinggal
    • Pengesahan Tandatangan Wali (Jika pemohon perempuan di Kuala Lumpur & Melaka)
    • Wakalah Wali (Jika pemohon perempuan & berkenaan)
    • Tertib Susunan Wali (Jika pemohon perempuan)
    • Senarai semak
    • Mendapatkan pengesahan borang dari PPP/PNCR/PPNCR
    • Mendapatkan kelulusan dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
  8. kalau kedua dua pemohon dari negeri yang perlu isi SSPIM akan ada borang untuk kedua dua pemohon
  9. borang perlu dicetak dalam dua salinan – tak kisah berwarna mahupun hitam putih
  10. borang yang tak lengkap/tidak benar perlu diisi semula
  11. Pastikan anda menyimpan no rujukan ( BNO )
  12. Pastikan anda menyemak dokumen anda kembali berdasarkan Senarai Semak sebelum di hantar ke pejabat agama.
  13. Selesai

BAGAIMANA SIJIL NIKAH SELANGOR HILANG?

Sekiranya berlaku kahilangan sijil nikah anda akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen pernikahan yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai borang nikah online, anda boleh melayari pautan portal Permohonan Nikah Cerai Rujuk (NCR) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment