TARIKH JADUAL PUASA SUNAT MUHARAM & ASYURA

TARIKH JADUAL PUASA SUNAT MUHARAM & ASYURA

PUASA BULAN MUHARAM & ASYURA

Kepada umat islam, semestinya anda ketahui bahawa Bulan Muharam. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Disini kami akan kongsikan kepada anda niat, tarikh, jadual, puasa sunat asyura dan muharam 2023, semoga membantu.

 

APA ITU BULAN MUHARAM

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah.

Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

 

KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.”

  • Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
  • Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.
  • Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.

 

TARIKH PUASA SUNAT ASYURA / TASU’A 2023

Puasa sunat Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun, adalah lebih baik dilaksanakan selama dua hari berturut-turut sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.

 

TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARAM

Tarikh puasa sunat bulan Muharram bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

  • Puasa Tasu’a (9 Muharam 1445H) : 27 JULAI 2023
  • Puasa Asyura (10 Muharam 1445H) : 28 JULAI 2023
  • Puasa 11 Muharram 1445H : 29 JULAI 2023

 

JADUAL PUASA SUNAT MUHARAM

Berikut adalah merupakan jadual puasa sunat bulan Muharam 1445H seperti di bawah:

 

NIAT PUASA SUNAT MUHARAM & ASYURA

Berikut adalah merupakan niat puasa sunat iaitu:

PUASANIATMAKSUD
Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالىSahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.
Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)نويت صوم عشر سنة لله تعالىSahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai puasa sunat bulan Muharam dan Asyura, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment