ADUAN BURUH ONLINE NO CUSTOMER SERVICE(Cara Report JTK Cuti Diberhenti Kerja Lewat Bayar Gaji)

ADUAN BURUH ONLINE NO CUSTOMER SERVICE(Cara Report JTK Cuti Diberhenti Kerja Lewat Bayar Gaji)

ADUAN BURUH

Kepada anda yang bekerja swasta, sekiranya anda merasakan ditindas oleh majikan, anda boleh membuat aduan buruh kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.  Disini kami akan kongsikan kepada anda No Customer Service dan juga cara membuat aduan online, semoga membantu.

 

PERKHDIMATAN ADUAN BURUH JTKSM

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan menyiasat aduan-aduan perburuhan di antara pekerja dan majikan. Ini bagi memastikan pematuhan majikan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan. Pekerja boleh memfailkan aduan berhubung pelanggaran terma dan syarat perkhidmatan atau apa-apa isu lain yang berkaitan pekerjaan.

 

NO CUSTOMER SERVICE JTKSM

Berikut adalah merupakan no hotline JTKSM iaitu:

  • 03-8000 8000

 

JENIS ADUAN  BURUH JTKSM

Antara aduann yang anda boleh laporkan kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja ini yang diperuntukkan oleh undang-undang buruh Malaysia adalah:

  • Tidak dibayar gaji
  • Tiada cuti tahunan
  • Tidak melapor penggajian pekerja asing
  • Diberhentikan kerja tanpa notis
  • Tiada kontrak perkhidmatan
  • Lewat bayar gaji
  • Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  • Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
  • Tidak dibenarkan solat
  • Amalan buruh tak saksama
  • Diskriminasi kaum/jantina

 

CARA HUBUNGI ADUAN  BURUH JTKSM

Berikut adalah merupakan cara untuk anda hubungi Customer Servive JTKSM bagi membuat aduan iaitu:

  1. Hubungi talian 03-8000 8000
  2. Pegawai khidmat pelanggan akan melayani anda
  3. Maklumkan kepada pegawai tersebut tentang aduan anda yang melibatkan pekerjaan anda
  4. Pegawai tersebut akan membantu anda untuk menyelesaikan aduan anda

 

CARA BUAT ADUAN BURUH ONLINE JTKSM

Sekiranya anda ingin membuat aduan secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pengadu boleh membuat aduan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui
    • Surat rasmi kepada pejabat JTK.
    • e-mel – [email protected].
    • Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
    • Aplikasi Working for Workers (WFW)
    • Hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.
  2. Maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut:
    • Butiran lengkap pengadu
    • Butiran lengkap pihak yang diadu
    • Isu-isu aduan
    • Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan dan penyata gaji terkini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aduan buruh, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “ADUAN BURUH ONLINE NO CUSTOMER SERVICE(Cara Report JTK Cuti Diberhenti Kerja Lewat Bayar Gaji)”

Leave a Comment