KILL SWITCH BANK ISLAM CIMB PUBLIC(Cara Pengaktifan & Sekat Transaksi)

KILL SWITCH BANK ISLAM CIMB PUBLIC(Cara Pengaktifan & Sekat Transaksi)

KILL SWITCH BANK

Kepada anda bercadang untuk membekukan akaun atau sekat penggunaan kad kredit atau kad debit bank anda sekiranya jika rasa sangsi atau curiga ada pihak lain mempunyai akses terhadap kad anda atas urusan tertentu seperti kehilangan atau sebagainya, kini anda boleh aktifkan fungsi kill switch bagi setiap bank. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KILL SWITCH

Kill Switch ialah ciri keselamatan layan diri yang melindungi wang anda daripada scam dalam talian dan meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.  Ciri pembekuan akaun ini oleh kebanyakkan bank kini diperluas pada kad debit dan kredit. Melalui fungsi ini, sebarang transaksi yang akan dikenakan pada kad anda tidak akan berjaya kerana anda telah membekukannya.

 

CIRI-CIRI KILL SWITCH

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri bagi fungsi ini iaitu untuk melindungi dana dalam akaun anda dan sekat kad bank dengan serta-merta seperti:

CIRI KILL SWITCHBAGAIMANA IA BERFUNGSI
Sekat Kad Bank (Baharu)Menyekat semua transaksi keluar daripada Kad Kredit/debit Maybank anda
Nyahaktifkan akses online bankingLog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikas dan web. Menyekat sebarang percubaan log masuk selanjutnya

 

CARA AKTIFKAN KILL SWITCH

Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah tentang cara mengaktifkan fungsi ini mengikut bank iaitu:

BANKCARA AKTIFKAN
Bank Islam
  1. Layari sama ada pautan Bank Islam IB, aplikasi  Go by Bank Islam atau Go Biz by Bank Islam
  2. Log masuk akaun anda
  3. Seterusnya klik butang “Kill Switch” yang terletak di halaman utama Perbankan Internet Bank Islam.
  4. Kemudian, pelanggan akan diarahkan ke halaman utama Kill Switch Bank dan klik pada Start Kill Switch untuk memulakn proses ini
  5. Seterusnya lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti Id Type dan Id Number. Setelah lengkap klik pada Submit
  6. Pada halaman pengesahan, klik pada mohon OTP. Masukkan no OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia dan klik Submit
  7. Skrin pengesahan akan terpapar, pengaktifan anda telah berjaya. Anda boleh muat turun resit sebagai bukti permohonan

NOTA: Untuk nyahaktif kembali fungsi ini bagi pengaktifan semula akaun anda hanya boleh dilakukan dengan mengunjungi mana-mana bank Islam.

CIMB
  1. Layari sama ada pautan atau aplikasi CIMB Cliks
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pergi ke ‘SETTINGS’
  4. Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’
  5. Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktifkan
  6. Baca terma dan klik ‘PROCEED’
  7. Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan

NOTA: Untuk nyahaktif kembali fungsi ini bagi pengaktifan semula akaun anda hanya boleh dilakukan dengan mengunjungi mana-mana bank Islam.

Public Bank
  1. Layari sama ada pautan Pbe Bank
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pergi ke ‘SETTINGS’
  4. Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’
  5. Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktifkan
  6. Baca terma dan klik ‘PROCEED’
  7. Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan

NOTA: Untuk nyahaktif kembali fungsi ini bagi pengaktifan semula akaun anda hanya boleh dilakukan dengan mengunjungi mana-mana bank Islam

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment