Bila Masuk Duit Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM600?
Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih. Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa)yang menerima sebanyak RM600 secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai kedai pasaraya MyKasih di Selangor, semoga membantu.
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.
KATAGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (RM600)
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:
- Beras
- Mi segera
- Roti
- Biskut
- Telur
- Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
- Tepung
- Minyak masak
- Makanan dalam tin (sardin)
- Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:
Portal MyKasih
- Layari pautan My Kasih
- Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Kepada penerima yang kelayakan anda akan tertera paparan status:
- Status – Layak
- Jumlah Baki Terkini
- Nama
- No Kad Pengenalan
- Program bermula dan Program Berakhir
Portal MySTR
- Layari MySTR
- Log masuk akaun anda
- Klik pada Semakan Permohonan
- Status kelayakan SARa anda akan tertera sama ada layak atau tidak layak
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran Sumbangan Asas Rahmah RM600 (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu:
Bagi penerima Semenanjung
- Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023). Ia akan diberi secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi
- Mulai 17 Julai 2023 (Isnin): Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
- Mulai 31 Julai 2023 (Isnin): Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
Bagi penerima Sabah/Sarawak/WP Labuann
- Akan menerima bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara mulai 7 Ogos 2023 (isnin)
JADUAL PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Berikut adalah merupakan jadual pembayaran Sumbangan Asas Rahmah RM600 iaitu:
- SARA 1 (Julai 2023): RM100
- SARA 2 (Ogos 2023): RM100
- SARA 3 (September 2023): RM100
- SARA 4 (Oktober 2023): RM100
- SARA 5 (November 2023): RM100
- SARA 6 (Disember 2023): RM100
CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARA
Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:
- Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
- Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
- Setelah lengkap klik Cari
- Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih
CARA TEBUS BANTUAN MAKANAN SARA
Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar No Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
- Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
CARA SEMAKAN BAKI SARA
Kepada anda yang ingin membuat semakan baki MyKasih, berikut adalah merupakan caranya:
- Semakan melalui protal My Kasih
- Semakan pada resit pembelian
TARIKH LUPUT BAKI SARA
Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Asas Rahmah RM600, anda boleh melayari portal MyKasih
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “Bila Masuk Duit Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM600?”