SEMAKAN MyKASIH 2023:Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

SEMAKAN MyKASIH 2023:Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

SEMAKAN MyKASIH

Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih. Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa)yang menerima sebanyak RM600 secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan MyKasih, semoga membantu.


APA ITU MyKASIH

MyKasih adalah merupakan organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

 

FUNGSI MyKASIH

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini.

 

CARA DAFTAR MyKASIH

Tiada pendaftaran diperlukan kerana penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

 

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

Portal MyKasih

  1. Layari pautan My Kasih
  2. Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Kepada penerima yang kelayakan anda akan tertera paparan status:
    1. Status – Layak
    2. Jumlah Baki Terkini
    3. Nama
    4. No Kad Pengenalan
    5. Program bermula dan Program Berakhir

Portal MySTR

  1. Layari MySTR
  1. Log masuk akaun anda
  2. Klik pada Semakan Permohonan
  3. Status kelayakan SARa anda akan tertera sama ada layak atau tidak layak

Secara SMS

  • Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.
  • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

 

CARA SEMAK LOKASI KEDAI MyKASIH

Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih

 

CARA GUNA BANTUAN SARa MyKASIH

Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar No Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

 

CARA SEMAKAN BAKI MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan baki MyKasih, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Semakan melalui protal My Kasih
  2. Semakan pada resit pembelian

 

TARIKH LUPUT BAKI MyKASIH

Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan MyKasih, anda boleh melayari portal rasmi MyKasih

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “SEMAKAN MyKASIH 2023:Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)”

Leave a Comment