RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI(Lokasi & Waktu Operasi)

RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI(Lokasi & Waktu Operasi)

RUMAH MAKAN PERCUMA

Kepada anda yang suka makan ayam, terkini anda boleh mecuba Ayam Bismi kerana ianya berkualiti dan halal. Untuk makluman anda, pengusaha Ayam Bismi ada menyediakan Rumah Makan Percuma (RMP) untuk menikmati ayam bismi ini. Disini kami akan kongsika kepada anda lokasi dan waktu operasi RMP, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Kewujudan Rumah Makan Percuma (RMP) sejak 6 Julai 2020 diharapkan dapat menginspirasikan lebih banyak pihak mengikut jejak langkah memberi makanan percuma kepada golongan asnaf dan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengasas RMP, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berkata, pemberian makanan percuma itu selain membantu meringankan beban golongan berkenaan, ia juga mampu menceriakan mereka.

Hajah Mazlina berkongsi perkara itu bahawa mewujudkan RMP sebagai kenangan termanis syarikat berkenaan yang sudah 33 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam serta produk berkaitan bahan itu.

 

KELEBIHAN AYAM BISMI

Berikut adalah merupakan antara kelebihannya iaitu:

  • Selepas sahaja ayam dibuang bulu dan perut, suhu ayam (disejukkan) diturunkan dengan segera dengan melalui proses penyejukan menggunakan spin chiller yang bersaiz 40 kaki iaitu ayam di jacuzi kan dengan air ais yang sangat sejuk.
  • 40 kaki tu sangat panjang tau. Rasanya kilang Bismi sahaja yang sejukkan ayam lama-lama dalam spin chiller. Maka kesegaran ayam tu bertahan sangat lama. Ayam tak busuk dan hanyir langsung.
  • Ayam Bismi tak di salai, sebab taknak dedahkan ayam pada suhu yang tinggi. No point sejukkan ayam untuk kawal bakteria tapi panaskan semula.

 

LOKASI RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI

RMP yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu diinspirasi oleh Hajah Mazlina dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

 

WAKTU OPERASI RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI

Setiap hari dari Ahad sehingga Jumaat RMP menyediakan makanan tengahari untuk 400 orang bermula pada jam 12.00 Tengahari.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai rumah makan parcuma ini, anda boleh melayari portal rasmi Ayam Bismi

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “RUMAH MAKAN PERCUMA AYAM BISMI(Lokasi & Waktu Operasi)”

Leave a Comment