SENARAI KEDAI PASARAYA MyKASIH SELANGOR(Bantuan SARa)

SENARAI KEDAI PASARAYA MyKASIH SELANGOR(Bantuan SARa)

KEDAI PASARAYA MyKASIH SELANGOR

Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih. Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa)yang menerima sebanyak RM600 secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai kedai pasaraya MyKasih di Selangor, semoga membantu.


APA ITU MyKASIH

MyKasih adalah merupakan organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

 

FUNGSI MyKASIH

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini.

 

CARA DAFTAR MyKASIH

Tiada pendaftaran diperlukan kerana penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

 

KATAGORI BARANGAN ASAS MyKASIH (Bantuan SARa)

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Mi segera
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Makanan dalam tin (sardin)
  • Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

Portal MyKasih

  1. Layari pautan My Kasih
  2. Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Kepada penerima yang kelayakan anda akan tertera paparan status:
    1. Status – Layak
    2. Jumlah Baki Terkini
    3. Nama
    4. No Kad Pengenalan
    5. Program bermula dan Program Berakhir

Portal MySTR

  1. Layari MySTR
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik pada Semakan Permohonan
  4. Status kelayakan SARa anda akan tertera sama ada layak atau tidak layak

 

SENARAI KEDAI PASARAYA MyKASIH SELANGOR

Di Selangor MyKasih mempunyai lebih daripada 60 kedai / rakan runcit di seluruh negeri.  Berikut adalah senarai kedai MyKasih di Selangor mengikut daerah iaitu:

DAERAHNAMA KEDAI
Hulu Langat
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
  • Giant Bandar Baru Ampang
  • Giant Supermarket Ampang Point
  • Giant Superstore Prima Saujana
  • My Hero Hypermarket Sdn Bhd
  • Mydin Supermarket
Klang
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
  • Giant Hypermarket
  • Giant Supermarket
  • 99 Speedmart Kampung jawa
  • Mydin Supermarket
  • Kim Chin Guan Enterprise
  • Pak Grocer Raja Muda Musa
  • Pasar Mini Sri Meenas
Kuala Langat
  • The Store Jalan Besar Banting
  • Lotuss Jenjarom
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
Gombak
  • Giant Hypermarket Batu Caves (GHBC)
  • Lotuss Rawang
  • Mydin Rawang Emporium
  • Mydin Selayang Utama
Hulu Langat
  • 99 Speedmart Kuala Kubu Bharu
  • Econsave Cash & Carry
  • Lotuss Bukit Beruntung
  • Pasaraya Grand Union
Kuala Selangor
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
  • Lotuss Kuala Selangor
  • Syarikat Lim You Tho Dan Anak2
  • Pasar Raya Hong Heng
  • Pasaraya Kecil Hing Huat
  • Pasaraya S. Putra
  • Pasaraya Zahir
  • Rezki Tanjung Mini Market
  • Saveway -Ijok
Sabak Bernam
  • 99 Speedmart
  • Pasar Raya Sri Kassin Sdn Bhd
Sepang
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
  • Rezekis FoodStuff Enterprise
Petaling
  • 99 Speedmart
  • Pasaraya Econsave Cash & Carry
  • Giant Hypermarket
  • Giant Superstore
  • Lotuss Bandar Bukit puchong
  • Mydin Mart
  • Mydin Supermarket
  • Lulu Hypermarket – Setia City Mall

 

CARA SEMAK LOKASI KEDAI MyKASIH

Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih

 

CARA TEBUS BANTUAN MAKANAN MyKASIH

Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar No Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

 

CARA SEMAKAN BAKI MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan baki MyKasih, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Semakan melalui protal My Kasih
  2. Semakan pada resit pembelian

 

TARIKH LUPUT BAKI MyKASIH

Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyKasih, anda boleh melayari portal rasminya DI SINI

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “SENARAI KEDAI PASARAYA MyKASIH SELANGOR(Bantuan SARa)”

Leave a Comment