RESTORAN NASI KANDAR PENANG(Terbaik & Best)

RESTORAN NASI KANDAR PENANG(Terbaik & Best)

RESTORAN NASI KANDAR PENANG

Kepada anda yang bercuti di Pulau Pinang, semestinya anda akan mencuba makanan nasi kandar di sana. Ini kerana Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai adalah Nasi Kandar Disini kami akan kongsikan kepada anda restoran nasi kandar terbaik dan best di Penang, semoga membantu.

 

APA ITU NASI KANDAR

Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

 

SENARAI RESTORAN NASI KANDAR TERBAIK & BEST DI PENANG

Berikut adalah merupakan senarai rstoran nasi kandar yang harus anda cuba iaitu:

NAMA RESTORANLOKASIKELEBIHAN
Nasi Kandar Deen MajuJalan GurdwaraMenjadi pilihan pelancong dan orang sekitar pulau pinang dengan hidangan ayam goreng dan ayam ros. Ayam goreng yang diperap terlebih dahulu menjadikan ayam begitu rangup serta ayam ros yang lengkap dengan rasa kari yang unik dan tidak terdapat di tempat lain.
Nasi Kandar Kapitan MajuGeorgetownAntara menu pilihan adalah peha kambing dan ayam goreng berempah. Disamping itu, tempat yang kondusif, bersih dan layanan pelanggan yang terbaik dapat dinikmati disini.
NS Nasi KandarGeorgetownMenu asas nasi kandar telah menjadi pilihan utama di sini dengan ayam goreng dan kuah banjir. Terdapat sedikit kelainan rasa pada kuah banjir serta ayam goreng yang rangup. Namun begitu, anda masih boleh memilih menu lain yang disediakan dan tidak menghampakan. Harga yang agak murah walaupun dalam kadar yang banyak.
Restoran DeenJelutongMenu utama di sini adalah ayam goreng, sotong beserta telur dan tidak dilupakan kuah banjir serta nasi campur banjir. Campuran lauk dan kuah dalam satu pinggan amat menyelerakan dan memenuhi citarasa orang malaysia.
Restoran Nasi Kandar HameediyahGeorgetownAntara jenis hidangan yang istimewa dan perlu cuba disini adalah Kurma Kambing, Rendang Daging dan Ayam Kapitan. Restoran Hameediyah boleh dikatakan amat mengenali citarasa asal Nasi Kandar. Di samping itu, jenis lauk, sayuran dan ulam ulaman disediakan bagi memenuhi cita rasa pelancong dari luar. Antara lain kenapa anda perlu datang ke Hameediyah adalah kerana Nasi Briyani juga menjadi satu pilihan istimewa disini bukan hanya nasi putih disediakan.
Nasi Kandar Ali IPD Corner @ Dato KeramatBerhadapan Balai Polis Dato KeramatMenyediakan nasi kandar yang dihidangkan di atas daun pisang dan memberi kelainan dari segi rasa dan bau nasi disini. Kawasan makan yang luas dan sangat selesa, namun anda tidak dapat banyak pilihan makanan sampingan.
Nasi Kandar Line ClearJalan PenangAntara istimewa di Line Clear adalah mereka menyediakan hidangan kejutan di masa tertentu dan kelazatannya terjamin enak. Oleh itu, kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat menikmati hidangan istimewa pada harga yang murah di Line Clear
Shariff Nasi KandarJalan Permai, GelugorAyam Ros disertakan dengan telur bawang juga ditambah dengan kuah banjir menjadi pilihan utama dalam menu disini. Sekiranya ini menjadi pilihan, anda perlu datang awal kerana banyak menu utama habis lebih awal dan kedai juga dibuka cuma empat jam.
Nasi Kandar ImigresenGeorgetownMenu asas nasi kandar seperti ayam goreng rangup, kuah banjir, sayur bendi dapat memberi kepuasan pada lidah pengunjung. Tidak lupa juga hidangan kambing serta masakan sotong yang disediakan sangat mencipta kelainan dalam pingan
Nasi Kandar Pokok KetapangGeorgetownPelbagai lauk hidangan disediakan menjadikan pengunjung rambang mata. Namun nasi kandar menjadi menu utama disini kerana perapan ayam goreng yang rangup, serta sayuran yang menggiurkan. Tidak lupa juga campuran kuah banjir yang meninggalkan kesan yang mendalam pada deria rasa pengunjung.

 

ARTIKEL LAIN: