TEMPOH BUAT GIGI PALSU SEBATANG(Cara Pakai Pengalaman Klinik Kerajaan)

TEMPOH BUAT GIGI PALSU SEBATANG(Cara Pakai Pengalaman Klinik Kerajaan)

GIGI PALSU

Adakah gigi anda mempunyai ruang akibat mencabut gigi yang asal? Sekiranya Ya, anda boleh cuba membuat gigi palsu. Di sini kami akan kongsikan tempoh yang diperlukan serta cara guna, semoga membantu.

 

APA ITU GIGI PALSU

Gigi pelsu iaitu sejenis prostesis yang boleh digunakan dan menggantikan bahagian atau semua gigi serta struktur  di dalam mulut. Gigi pelsu sering digunakan oleh orang yang lebih tua, tetapi begitu juga penggunaannya di kalangan kelas yang lebih muda apabila gigi tanggal

 

KELEBIHAN GUNA GIGI PALSU

Antara sebab kenapa anda perlu membuat gigi pelsu adalah:

  • Mengunyah makanan dengan lebih baik.
  • Meningkatkan pertuturan.
  • Mengekalkan kesihatan mulut dengan mencegah pergerakkan gigi yang tidak diingini.
  • Penyelenggaraan ruang pergigian.
  • Memulihkan estetika atau penampilan

 

TEMPOH BUAT GIGI PALSU

Proses pembuatan gigi pelsu mengambil masa kira-kira 3-6 kali lawatan. Setelah doktor gigi anda menentukan jenis dan juga bentuk yang terbaik untuk anda

 

CARA BUAT GIGI PALSU

Langkah-langkah pembuatan gigi pelsu adalah seperti berikut:

  • Pada lawatan pertama:
    • Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan gigi dan mengambil acuan pertama. Acuan ini akan digunakan untuk membuat model gigi bagi tujuan merancang dan merekabentuk gigi palsu.
    • Doktor gigi kemudiannya akan membuat persediaan yang perlu pada gigi mengikut reka bentuk gigi pelsu, dan mengambil acuan kedua untuk dijadikan model yang lebih tepat untuk pembuatan gigi pelsu.
  • Peringkat merekod gigitan:
    • Langkah ini adalah untuk merekod gigitan antara rahang atas dan bawah dan mengukur ruang yang ada di antara kedua rahang.
  • Peringkat percubaan:
    • Pada peringkat ini, satu set awal gigi pelsu yang diperbuat daripada lilin dibuat untuk memberi peluang kepada anda untuk mencuba gigi pelsu baru. Anda boleh menilai warna dan padanan gigi sebelum gigi diproses.
  • Peringkat penyudahan:
    • Gigi pelsu yang telah siap diproses dimasukkan ke dalam mulut dan pelarasan akan dibuat sehingga anda berasa selesa memakai gigi pelsu baru. Arahan akan diberikan mengenai kepentingan membersihkan gigi sedia ada dalam mulut dan cara penjagaan gigi palsu.
  • Peringkat rawatan susulan:
    • Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan bahawa tisu mulut tidak luka akibat pemakaian gigi pelsu dan untuk memastikan gigi pelsu berfungsi dengan baik.

 

CARA PAKAI GIGI PALSU (Kali Pertama)

Semestinya Anda mungkin merasa janggal memakai gigi pelsu baru untuk beberapa minggu pertama sehinggalah anda dapat menyesuaikan diri.Bercakap dan makan akan rasa berbeza dengan pemakaian gigi pelsu.

Gigi pelsu mungkin berasa longgar sehinggalah otot pipi dan lidah anda telah belajar menetapkan posisi gigi pelsu anda. Anda juga mungkin mengalami kerengsaan kecil atau kesakitan dan peningkatan pengeluaran air liur.

Jika anda mengalami kerengsaan, kesakitan atau ulser, hubungi doktor gigi anda. Temujanji susulan dengan doktor gigi adalah perlu supaya anda tidak mengalami masalah dengan gigi pelsu anda.

 

PANDUAN GUNA & JAGA GIGI PALSU

Berikut adalah merupakan panduan selepas anda pasang gigi pelsu:

  • Merendam gigi pelsu setiap malam atau saat tidak digunakan
  • Berhati-hati saat memegang gigi pelsu
  • Hindari pemakaian pasta gigi biasa
  • Hindari makanan yang keras dan minuman panas
  • Rutin membersihkan gigi dan mulut
  • Lakukan pemeriksaan rutin gigi dan gigi pelsu

 

HARGA GIGI PALSU DI KLINIK KERAJAAN

Untuk mengetahui kadar harga atau caj yang dikenakan di klinik pergigian kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik pergigian terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment