PENDAFTARAN PROGRAM MyLESEN B2 2023 (Bantuan Lesen Percuma)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai MyLesen B2. Kepada anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu
APA ITU PROGRAM MyLESEN B2
Program My Lesen adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LKM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig
KATAGORI LAYAK MEMOHON MyLESEN B2
Penyertaan ditawarkan hanya kepada penerima bantuan Kerajaan seperti:
- eKasih
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Zakat
- Baitulmal
- Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
- Golongan B40
SYARAT KELAYAKAN MyLESEN B2
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pemohon iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
- Sihat tubuh badan dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu; dan
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
KADAR BAYARAN MyLESEN B2
Tiada bayaran dikenakan kerana Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
TARIKH PERMOHONAN MyLESEN B2
Permohonan mulai dibuka pada 30 Mei 2023 sehingga kuota penyertaan dipernuhi. Tarikh tutup permohonan boleh merujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh bagi setiap negeri adalah berbeza.
CARA PERMOHONAN MyLESEN B2
Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Hadir ke mana-mana cawangan JPJ berhampiran anda untuk dapatkan borang permohonan atau muat turun DI SINI.
- Isikan borang permohonan tersebut dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
- Hantarkan borang permohonan tersebut ke cawangan JPJ berhampiran anda
- Calon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran dan Surat Akujanji serta akan terus mendaftar ke Institut Memandu untuk memulakan kursus/latihan/ujian.
NOTA: Sila rujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Program MyLesen, anda boleh melayari facebook rasmi Jabaan Pengankutan Jalan (JPJ) dan juga soalan lazim (FAQ).
ARTIKEL LAIN:
2 thoughts on “PENDAFTARAN PROGRAM MyLESEN B2 2023 (Bantuan Lesen Percuma)”