CARA ISI BORANG 14A (Selangor Johor Kelantan Terengganu Pahang)

CARA ISI BORANG 14A (Selangor Johor Kelantan Terengganu Pahang)

BORANG 14A

Kepada anda yang ingin membeli hartanah, semestinya anda perlu ketahui bahawa proses pindahmilik tanah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan borang 14A. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BORANG 14A

Borang 14 A adalah borang pindah milik adalah satu dokumen yang wajib digunakan jika seseorang itu menjual ataupun membeli apa apa hartanah di dalam Malaysia. Pembeli dan penjual perlu mengisi borang ini bagi tujuan pindah milik atau tukar nama setelah sesuatu jual beli hartanah itu telah dipersetujui dengan sesekian harga.

 

KANDUNGAN BORANG 14A

Borang 14 A ini mengandungi 4 jumlah muka surat kesemuanya dan pembeli serta penjual perlu mengisi maklumat yang diminta sahaja.

 

SYARAT TUKAR PINDAHMILIK TANAH

Berikut adalah merupakan syarat-syarat asas pindahmilik tanah iaitu:

  • Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain – lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan – Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana – mana undang-undang bertulis lain.

 

PANDUAN TUKAR PINDAHMILIK TANAH (Tanpa Peguam)

Sekrianya anda ingin pindahmilik tanah tanpa peguam, berikut adalah panduannya:

  • Setuju harga belian dengan penjual
  • Isi borang 14 A dengan penyaksian
  • Bayar duti setem di LHDN
  • Selesaikan cukai tanah/pintu dan bil tertunggak lain
  • Sediakan salinan IC dan surat beranak (jika tanah rizab Melayu)
  • Pembentangan di pejabat tanah & bayar fi pindahmilik
  • Mengambil geran baru selepas siap

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi proses pindahmilik tanah ini iaitu:

  • Kad pengenalan asal tuan tanah dan juga pembeli
  • Surat beranak asal pembeli tanah
  • Geran asal hartanah
  • Borang 14 A

 

CARA TUKAR NAMA HAKMILIK TANAH

Berikut adalah merupakan proses untuk tukar nama pemilik baru iaitu;

  1. Dapatkan Borang 14 A di mana mana pejabat tanah berhampiran anda ataupun boleh di download secara online di dalam website pejabat tanah negeri.
  2. Isikan dengan lengkap pada maklumat yang diperlukan dalam borang 14 A (contoh mengisi ada di bawah)
  3. Penjual & Pembeli perlu hadir ke pejabat tanah dengan membawa kesemua dokumen yang diperlukan
  4. Selepas selesai tandatangan penjual & pembeli di Pejabat Tanah, kesemua dokumen dan BORANG 14 A yang telah tandatangan hendaklah di fotostat dan di hantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) beserta dengan BORANG SEKSYEN 5, untuk proses Duti Setem.
  5. Selepas selesai urusan di LHDN, sila datang ke Pejabat Tanah semula untuk mendaftarkan BORANG 14 A tersebut, sila bawa : –
    • Borang 14 A Asal.
    • Salinan Surat Beranak Penerima.
    • Salinan Kad Pengenalan.
    • Geran Asal.
    • Sijil Setem Asal Dan Notis Taksiran Dari Lhdn Asal.
    • Salinan Cukai Tanah Semasa Yang Telah Dibayar.
    • Bayaran Pendaftaran ( 0.1% Dari Nilai Tanah ) Dan Minimum Bayaran Adalah Rm100.00.
    • Lain–Lain Dokumen Yang Perlu Seperti Surat Kebenaran Pindahmilik Tanah/ Kebenaran Pengkaveat Jika Perlu.

 

KADAR DENDA LEWAT PROSES TUKAR NAMA HAKMILIK TANAH

Denda lewat akan dikenakan oleh Pejabat Tanah selepas 3 bulan dari tarikh tandatangan penyaksian BORANG 14 A. Kadar denda adalah mengikut pasaran tanah tersebut:

  • Kurang RM50,000.00 : RM50.00
  • RM50,001.00 – RM200,000.00 : RM200
  • RM200,001.00 – RM500,000.00 : RM400
  • RM500,001.00 – RM1,000,000.00 : RM500
  • Lebih RM1,000,000.00 : RM1500.00

NOTA: Kadar harga denda mungkin berbeza mengikut negeri masing-masing

 

PANDUAN MENGISI BORANG 14A

Untuk mengisi borang ini, pastikan anda mengetahui cara pengisian yang betul iaitu:

  • Isi borang menggunakan PEN DAKWAT BASAH WARNA HITAM DENGAN TULISAN HURUF BESAR (JELAS) ATAU BERTAIP.
  • Sebarang kesilapan tidak boleh dipotong atau dipadam dengan menggunakan cecair pemadam (liquid paper)
  • Tuan Tanah & Penerima Tanah hendaklah tandatangan dihadapan Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah bagi hakmilik MCL,GMM DAN HMM serta REZAB MELAYU.

 

CARA MENGISI BORANG 14A

Kepada anda yang ingin mencari contoh mengisi borang 14 A, berikut adalah merupakan caranya

MUKA SURATKETERANGANCONTOH
1Isikannama, nombor kad pengenalan dan alamat pemilik asal

Biasanya bahagian balasan  ada 3 kategori :-

  • Jual Beli: Kalau jual beli, masukkan amaun jual beli tu kat ruangan yang tersedia
  • Pemberian Kasih Sayang: Istilah  yang digunapakai kalau nak pindahmilik tanah kepada sesama ahli keluarga.
  • Pemegang Amanah
2Isi kan nama pemilik asal, no. kad pengenalan dan alamat

Isi kan nama pemilik baru, no. kad pengenalan dan alamat.

3Isikan nama pemilik baru, no. kad pengenalan dan alamat
4Isikan semua maklumat yang terdapat pada geran tanah

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA ISI BORANG 14A (Selangor Johor Kelantan Terengganu Pahang)”

Leave a Comment