NO AKAUN BIL AIR PERLIS SAP(Check & Bayar Online)

NO AKAUN BIL AIR PERLIS SAP(Check & Bayar Online)

BIL AIR PERLIS

Kepada warga penduduk di Negeri  Perlis, kini Syarikat Air Perlis (SAP) ada menyediakan satu portal online bagi memudahkan untuk membuat semakan dan bayaran bil air secara atas talian yang dikenali. Disini kami akan kongsikan cara untuk daftar untuk membuat semakan bil air Perlis menerusi system e-bill dan membuat pembayaran  menggunakan jompay, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM e-BILL SAP

Sistem e-Bill ini merupakan portal layan diri pelanggan dan berfungsi sebagai alternatif kepada pelanggan untuk mengakses perkhidmatan Syarikat Air Perlis (SAP) secara  dalam talian dan menyediakan perkhidmatan air lain melalui ‘layan diri’.

 

PANDUAN JIMATKAN PENGGUNAAN AIR

Berikut adalah merupakan beberapa panduan untuk menjimatkan penggunaan air anda iaitu:

  • Tutup paip air jika tidak digunakan
  • Pastikan muatan mesin basuh penuh ketika membasuh pakaian
  • Sila pastikan air sudah ditutup ketika keluar dari tandas atau bilik mandi
  • Optimumkan penggunaan air ketika mandi, memberus gigi dan mencuci muka.

 

PERKHIDMATAN SISTEM e-BILL SAP

Berikut adalah merupakan perkhidmatan tersedia menerusi sistem ini iaitu:

  1. Semakan maklumat akaun air anda secara atas talian
  2. Anda boleh mencetak sendiri bil air seperti termal bil air yang diterima
  3. Sistem ini memaparkan maklumat pengebilan 3 bulan terkini sahaja
  4. Memudahkan anda membuat semakan jika mempunyai lebih dari 1 akaun air
  5. Anda boleh menyemak kaedah pembayaran bil air secara atas talian seperti epay, jompay, aplikasi boost dan sebagainya

 

CARA DAFTAR SISTEM e-BILL SAP

Berikut adalah merupakan cara dafatr akaun Pelanggan Air Selangor:

  1. Layari pautan SIstem e-Bill
  2. Pada halaman utama klik pada Pengguna Baharu
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Email
    • Nombor telefon
    • Nombor kad pengenalan
    • Masukkan kata laluan anda.
  4. Setelah lengakp semuanya, klik Sign Up.
  5. Pendaftaran anda telah Selesai

 

CARA SEMAKAN BIL PERLIS GUNA SISTEM e-BILL SAP

Berikut adalah merupakan cara semakan bil air anda:

  1. Layari pautan SIstem e-Bill dan log masuk akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada My Account
  3. Paparan akaun bil air anda akan terpapar.

 

TALIAN SEMAKAN BIL AIR PERLIS

Anda juga boleh hubungi talian 04-9779300 untuk membuat semakan tunggakkan pembayaran dan juga pertanyaan.

 

CARA BAYARAN BIL AIR PERLIS ONLINE GUNA JOMPAY

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran bil air SAP secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Anda hanya perlu log in ke sistem perbankan internet pilihan anda
  2. Lihat pada ikon JomPAY dan mulakan transaksi pembayaran.
  3. Sila masukkan maklumat seperti berikut:
    • Biller Code : 9167
    • Reference 1 : No. akaun (wajib diisi)
    • Reference 2 : No.bil (jika ada)
  4. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai

 

CARA BUAT ADUAN SAP

Jika anda mempunyai sebarang aduan, anda boleh emailkan aduan tersebut ke alamat email:

  • aduan@ airperlis.com.my

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bil air Perlis, sila layari website rasmi Syarikat Air Perlis

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment