PAS BERMUSIM JDT(Harga Season Pass Cara Beli & Kelebihan)

PAS BERMUSIM JDT(Harga Season Pass Cara Beli & Kelebihan)

PAS BERMUSIM JDT

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, semua pasukan termasuk JDT sibuk menarik penyokong bertandang ke stadium. Kepada semua penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaiknya anda perlu memiliki Pas Bermusim JDT untuk musim 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda  cara beli, kadar harga dan kelebihannya, semoga membantu.

 

APA ITU PAS BERMUSIM JDT

Pas bermusim merupakan pas yang perlu dimiliki oleh penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim untuk menyaksikan perlawan bola sepak setiap kali pasukan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.

 

KELEBIHAN PAS BERMUSIM JDT

Terdapat enam pakej istimewa disediakan untuk anda pilih dan nikmati ganjaran-ganjaran menarik yang disediakan . Berikut adalah merupakan kelebihan Pas Bermusim ini iaitu:

  • Tempat duduk yang ditempah
  • Tawaran diskaun harga tiket sehingga 10%
  • Mempunyai kelebihan membeli tiket FA CUP & Malaysia CUP Final & Kesemua perlawanan
  • Tawaran musim latihan terbuka eksklusif
  • Dapat jersi JDT secara percuma

NOTA: Kelebihan yang anda akan perolehi bergantung kepada pakej pas bermusim yang anda beli

 

PAKEJ & HARGA PAS BERMUSIM

Berikut adalah merupakan tawaran pakej dan harga Pas Bermusim iaitu:

  • Pakej Bronze A: RM410
  • Pakej Bronze C: RM515
  • Pakej Silver C: RM814
  • Pakej Jewel Grandstand: RM1,948LANJUT
  • Pakej Jewel Plus Grandstand: RM2,400
  • Pakej Diamond VIP Grandstand: RM5,728

 

CARA BELI PAS BERMUSIM JDT

Kepada anda yang mahu membuat pembelian Pas Bermusim ini, anda boleh hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari Ahad sehingga Khamis kecuali pada hari cuti umum.

 

TARIKH PEMBAHARUAN PAS BERMUSIM

Sukacita dimaklumkan bahawa para pemegang Pas Bermusim Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim 2022 kini boleh memperbaharui pas 2023 masing-masing mulai hari Ahad, 4 Disember 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT PAS BERMUSIM

Anda juga boleh membuat pertanyaan dan pembayaran secara online melalui whatsapp di talian 010-5540084 atau melayari portal Johor Southern Tigers

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment