KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023(Jadual Laluan Tarikh Lokasi)
Keapda warga penduduk Negeri Johor sudah semestinya telah sinonim dengan acara tahunan Kembara Mahkota Johor (KMJ). Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual lauan, tarikh dan lokasi KMJ 2023, semoga membantu.
APA ITU KEMBARA MAHKOTA JOHOR
KMJ merupakan program bersama rakyat yang diterajui oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar. KMJ dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor. Kembara ini bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Dalam kembara ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.
TEMA KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
KMJ 2023 pada tahun ini yang bertemakan ‘Alam Sekitar dan Suasana Perkampungan”
TARIKH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
KMJ 2023 ini berlangsung selama 4 hari iaitu dijangka akan berlangsung pada bulan 5 hingga 8 Ogos 2023.
LOKASI KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
Konvoi Diraja yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan menjelajah di 10 daerah seluruh negeri Johor
JADUAL & LALUAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
Berikut adalah merupakan jadual KMJ 2023 iaitu:
TARIKH | MASA | LALUAN |
5 Ogos 2023 (Sabtu) | 8.30 Pagi | Istana Pasir Pelangi (pelepasan) |
9.30 Pagi | Johor Bharu
| |
12.00 Tengahari | Kota Tinggi – Dewan Felda Bukit Aping Timur (makan Tengahari) | |
3.20 Petang | Mersing – Kampung Stay, Teluk Buih, Mersing | |
5.10 Petang | Mersing – Pantai Mawar (bermalam) | |
6 Ogos 2023 (Ahad) | 8.15 Pagi | Mersing – Pantai Mawar |
9.15 Pagi | Kluang – Sungai Temiggol, Kg Sri Lukut | |
11.45 Pagi | Kluang – Pekan Paloh (ramah mesra bersama masyarakat) | |
1.00 Petang | Segamat – Taman Eco Rimba Sungai Bantang, Labis (Makan Tengahari) | |
3.45 Petang | Tangkak – Sagil (ramah mesra bersama masyarakat) | |
4.25 Petang | Tangkak – Taman Negara Gunung Ledang (bermalam) | |
7 Ogos 2023 (Isnin) | 8.45 Pagi | Tangkak – Taman Negara Gunung Ledang |
9.15 Pagi | Tangkak – Sawah Ring | |
11.30 Pagi | Muar
| |
2.30 Petang | Batu Pahat – Pusat Pertanian Parit Botak | |
4.30 Petang | Batu Pahat (bermalam) | |
8 Ogos 2023 (Selasa) | 8.30 Pagi | Pantai Minyak Beku, Batu Pahat (pelepasan) |
10.00 Pagi | Pontian – Taman Rekreasi Rambah | |
12.15 Tengahari | Kulai – Kompleks Penghulu Sedenak (Makan Tengahari) | |
3.00 Petang | Istana Pasir Pelangi (Penamat) |
AKTIVITI KEMBARA MAHKOTA JOHOR
Raikan dan alami kemeriahannya dengan pelbagai pengisian acara-acara menarik yang dibawakan khas oleh Kerajaan Negeri Johor. Nantikan keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersama rombongan KMJr 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai BMT 2023, anda boleh melayari facebook rasmi Tourism Johor
ARTIKEL LAIN: