CARA TUKAR NAMA IWK ONLINE(Indah Water Pemilik)

CARA TUKAR NAMA IWK ONLINE(Indah Water Pemilik)

TUKAR NAMA IWK ONLINE

Kepada anda yang ingin membeli bangunan rumah secara ‘second hand’, semestinya perlu dibuat pertukaran nama bil atau akaun antaranya ialah bil Indah Water. Disini kami akan kongsikan kepada anda panduan permohonan untuk tukar nama pemilik IWK secara online, semoga membantu.

 

APA ITU IWK

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan penukaran nama pemilik IWK secara online ini, pastikan anda sediakan dokumen berikut dalam bentuk PDF iaitu:

  • Surat Perjanjian Jual Beli – Muka surat 1, 2 dan terakhir dengan nama pembeli/penjual, alamat hartanah, tarikh perjanjian dan penandatangan semua pihak yang berkenaan
  • Salinan cukai pintu
  • Perisytiharan Jualan (Proclamation of Sale POS) bagi kes belian secara lelongan

Nota: Dokumen diperlukan oelh IWK untuk sebarang pertukaran pemilikan . Ini bagi memastikan butiran pemilikan didaftarkan dengan tepat dalam akaun pembetungan premis.

 

CARA TUKAR NAMA IWK ONLINE

Seletah anda sediakan dokumen tersebut dalam bentuk PDF, berikut adalah merupakan cara permohonan penukaran nama IWK iaitu:

  1. Pastikan pemilik menjelaskan tunggakkan terlebih dahulu
  2. Emailkan kepada [email protected]
  3. Pastikan anda sertakan sekali (attach) segala dokumen yang diperlukan dalam email tersebut
  4. Kemudian pihak IWK akanmemberi maklumbalas berkaitan permohonan anda ini dan ikuti arahan selanjutnya jika ada.

 

CONTOH EMAIL TUKAR NAMA IWK

Untuk memudahkan urusan anda, disini kami sertakan contoh ayat yang anda boleh copy paste dan edit untuk diemailkan ke IWK:

To: [email protected]

Subject: PERMOHONAN PENUKARAN NAMA PEMILIK

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Saya ingin membuat permohonan penukaran nama pemilik bagi rumah yang baharu dibeli. Disertakan disini salinan surat perjanjian jual-beli sebagaimana yang diminta dalam laman sesawang rasmi Indah Water.

Selain itu, diharap pihak tuan/puan boleh menggunakan alamat yang sama bagi tujuan urusan surat-menyurat rasmi.

Terima kasih diatas bantuan pihak tuan/puan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

 

Yang benar,

 

(Nama anda) 

XXXXXX-XX-XXXX

Alamat rumah yang lengkap

No. Tel.: 01X-XXXXXXX

 

BAGAIMANA JIKA IWK MASIH ADA TUNGGAKKAN

Selaras dengan Peraturan (9) Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) Peraturan 2022, dinyatakan bahawa:

  • “Mana-mana individu yang menjual atau memindahmilik mana-mana premis yang berkenaan dengannya, caj perkhidmatan pembetungan telah dilakukan bagi perkhidmatan pembetungan yang disediakan oleh pemegang lesen perkhidmatan, maka hendaklah terus bertanggungjawab bagi pembayaran segala caj perkhidmatan pembetungan yang perlu dibayar berkenaan dengan premis itu, melainkan jika notis telah diberikan terlebih dahulu kepada pemegang lesen perkhidmatan berhubung dengan penjualan atau pemindahmilikan itu.”
  • “Tiada apa-apa dalam Peraturan ini yang boleh menjejaskan liabiliti pembeli atau penerima pindahan untuk membayar caj perkhidmatan pembetungan berkenaan dengan premis yang disebut dalam subperaturan (1) atau menjejaskan hak pemegang lesen perkhidmatan untuk mendapatkan balik caj perkhidmatan pembetungan daripada pembeli atau penerima pindahan.”
  • Pembeli bertanggungjawab untuk membayar segala caj perkhidmatan pembetungan berkenaan dengan premis itu melainkan jika notis awal telah diberikan kepada IWK berhubung dengan penjualan atau pemindahmilikan. Berkuat kuasa serta-merta, IWK tidak lagi akan menerima sebarang permintaan untuk membahagikan bayaran tertunggak antara pemilik lama atau pemilik baharu.

Adalah penting supaya pembeli memastikan bahawa tiada bil perkhidmatan pembetungan tertunggak / belum dibayar di premis tersebut, dan sebarang bil tertunggak hendaklah dijelaskan semasa transaksi jual beli dilakukan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara tukar nama IWK online, anda boleh melayari portal rasmi Indah Water Konsortium

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA TUKAR NAMA IWK ONLINE(Indah Water Pemilik)”

Leave a Comment