CARA DAFTAR & PASANG TIME INTERNET DI RUMAH (Check Promosi Terkini)

CARA DAFTAR & PASANG TIME INTERNET DI RUMAH(Check Promosi Terkini)

TIME INTERNET RUMAH

Pada masa kecanggihan teklonogi, penggunaan Internet kini sudah menjadi keperluan.  Apakah pilihan internet anda? Salah satu internet rumah yang akan menjadi pilihan adalah TIME Fibre Unlimited Broadband. Ini kerana rangkaian fiber optik dengan berkelajuan tinggi dan mampu memberikan anda akses ke Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi sehingga ke 500Mbps. Bagaimana cara daftar TIME Fibre? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TIME FIBER

TIME Fibre Unlimited Home Broadband adalah perkhidmatan akses internet berkelajuan tinggi yang dibawa kepada anda oleh TIME dotCom Berhad (dirujuk sebagai “TIME”) yang direka khas untuk pelanggan perniagaan.. Perkhidmatan ini menawarkan kestabilan internet dan berkelajuan tinggi dan menggunakan kabel fiber optik. Dengan jalur lebar yang berkelajuan tinggi, ia sangat sesuai untuk menyokong kebanyakan aplikasi jalur lebar seperti menghantar data, menghantar e-mel, melayari web, streaming video dan persidangan, e-dagang dan aplikasi berasaskan Internet.

 

KELEBIHAN TIME FIBER

Berikut adalah merupakan kelebihan jalur lebar

  • Harga mampu milik dan lebih nilai
  • Kelajuan jalur lebar konsisten
  • Menyediakan 100% kabel Optik Fibre

 

PELAN INTERNET TIME FIBER

Antara pelan internet TIME Fiber yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • TIME Fibre 500Mbps Home Broadband – RM139.00 /bulan
  • TIME Fibre 100Mbps Home Broadband – RM99.00 /bulan
  • TIME Fibre 1Gbps Home Broadband – RM199.00 /bulan
  • TIME Fibre 300 Mbps Home Broadband – RM189.00 /bulan

 

SEMAK LIPUTAN TIME FIBER

Sekiranya anda ingin menyemak liputan TIME terdapat di kawasan anda,. Berikut adalah caranya:

  1. Layari Time.com.my https://www.time.com.my/
  2. Pada halaman utama, klik pada butang “Check Coverage”.
  3. Isikan nama bangunan anda, lokasi, atau poskod.
  4. Tekan search. Sekiranya kawasan anda tiada dalam liputan time akan tertera ‘We’re sorry your area isn’t within coverage.’

 

CARA DAFTAR TIME FIBER

Sekiranya anda berminat dengan pelan internet TIME Fiber yang ditawarkan, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari pautan daftar TIME Fiber: https://www.time.com.my/personal/broadband/fibre-broadband
  2. Pilih pada Pakej Internet yang anda inginkan dengan klik I Want This
  3. Pada PILIH TIME FIBRE PAKEJ PERIBADI, isikan:
    • Tempoh Kontrak – 24 bulan
    • Memilih Tarikh Pemasangan – Hari Kerja/Sabtu pagi
    • Pakej Panggilan – berdasarkan pilihan anda
  4. Pada MAKLUMAT PEMOHON:
    • Isikan Butiran anda pada ruangan yang disediakan
    • Pastikan anda memuat naik Gambar Kad Pengenalan anda (Depan & Belakang)
  5. Pada SEMAK KETERSEDIAAN TIME FIBRE – ALAMAT PEMASANGAN:
    • Isikan tentang Alamat kediaman anda
  6. Seterusnya Tick pada ruangan Terma & SyaratSemak kembali borang permohonan anda, sekiranya betul tekan HANTAR
  7. Selesai

 

PROMOSI TIME FIBER

Kepada pelanggan baharu untuk semua pelan akan dapat menikmati langganan percuma untuk bulan pertama, manakala pelanggan yang menggunakan sambungan 500 Mbps dan 1 Gbps akan mendapat satu router Mesh Wi-Fi yang berharga RM99

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TIME FIBER

Apakah keunikan TIME Fibre Unlimited Home Broadband berbanding dengan pembekal internet yang lain?

  • TIME Fibre Unlimited Broadband berjalan pada rangkaian fiber optik dengan berkelajuan tinggi dan mampu memberikan anda akses ke Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi sehingga ke 500Mbps.

Adakah terdapat tempoh kontrak minimum?

  • Ya, tempoh kontrak adalah selama 24 bulan.

Adakah saya memerlukan talian telefon untuk bersambung ke TIME Fibre Perniagaan?

  • Anda tidak perlu satu talian telefon untuk disambungkan ke perkhidmatan itu. Walau bagaimanapun, sambungan fiber optik ke rumah anda diperlukan dengan perkhidmatan ini. TIME menyediakan perkhidmatan pemasangan yang lengkap ke rumah anda untuk memudahan anda.

 

 MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan internet TIME Fiber, anda boleh layari web rasmi TIME Fiber di pautan https://www.time.com.my/

ARTIKEL LAIN

5 thoughts on “CARA DAFTAR & PASANG TIME INTERNET DI RUMAH (Check Promosi Terkini)”

Leave a Comment