Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) Mobile CS Sarawak

Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) Mobile CS Sarawak

PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SARAWAK

Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) Sarawak merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman. Kepada warga penduduk di negeri Sarawak, disini kami akan kongsikan kepad anda Lokasi & Tarikh Program PKB. Semoga membantu

 

APA ITU PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SARAWAK

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) [Mobile Community Services (MCS)] adalah bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan daripada kementerian atau agensi kerajaan serta pihak-pihak yang bersesuaian untuk menyantuni keperluan masyarakat di peringkat lapangan.

Program ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam kepada seluruh penduduk iaitu perkhidmatan inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

KOMPENAN PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK 

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) ini merangkumi empat (4) komponen utama iaitu menyediakan perkhidmatan utama kerajaan melibatkan asas pertanian, kesihatan dan kerjaya serta menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung seperti pendaftaran syarikat, dan gerai jualan.

 

AGENSI TERLIBAT PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK 

Program ini disertai oleh lebih daripada 50 Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, khidmat nasihat & kaunter pertanyaan. Terdapat juga Kaunter Perkhidmatan Saringan Kesihatan dan Derma Darah serta Gerai Jualan Usahawan Tempatan.

 

AKTIVITI PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK 

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah membuka kaunter pendaftaran SarawakJobs manakala Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) pula telah membuka kaunter perkhidmatan dan memberikan taklimat ringkas mengenai program-program yang ditawarkan di ILTP.

 

TARIKH DAN LOKASI PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SARAWAK

Berikut adalah merupakan tarikh dan lokasi PKB di negeri Sarawak bagi tahun 2023 iaitu:

TARIKHWAKTULOKASI
24 Februari 2023 (Jumaat)8.00 pagi – 1.00 tengah hariSadong Jaya
12 Mei 2023 (Jumaat)8.00 pagi – 1.00 tengah hariTempat Letak Kereta Pasar Baharu Tatau
23 September 2023 (Sabtu)9.00 pagi hingga 4.00 petangBahagian Pantu, Sri Aman

 

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) Mobile CS Sarawak”

Leave a Comment