Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) (MCS) Sabah

Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) (MCS) Sabah

PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SABAH

Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) Sabah merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman. Kepada warga penduduk di negeri Sabah, disini kami akan kongsikan kepad anda Lokasi & Tarikh Program PKB. Semoga membantu

 

APA ITU PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SABAH

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) [Mobile Community Services (MCS)] adalah bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan daripada kementerian atau agensi kerajaan serta pihak-pihak yang bersesuaian untuk menyantuni keperluan masyarakat di peringkat lapangan.

Program ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam kepada seluruh penduduk iaitu perkhidmatan inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

KOMPENAN PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK 

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) ini merangkumi empat (4) komponen utama iaitu menyediakan perkhidmatan utama kerajaan melibatkan asas pertanian, kesihatan dan kerjaya serta menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung seperti pendaftaran syarikat, dan gerai jualan.

 

AGENSI TERLIBAT PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK

Program ini disertai oleh lebih daripada 50 Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat. Terdapat juga Kaunter Perkhidmatan Saringan Kesihatan dan Derma Darah serta Gerai Jualan Usahawan Tempatan.

 

AKTIVITI PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) manakala Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) pula telah membuka kaunter perkhidmatan dan memberikan taklimat ringkas mengenai program-program yang ditawarkan di ILTP.

 

TARIKH DAN LOKASI PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK SABAH

Berikut adalah merupakan tarikh dan lokasi PKB di negeri Sabah bagi tahun 2023 iaitu:

TARIKHWAKTULOKASI
8 Julai 2023 (Sabtu)8.00 pagi – 1.00 tengah hariDataran Kemabong, Tenom
   
   
   

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “Lokasi & Tarikh Terkini Perkhidmatan Komuniti Bergerak(PKB) (MCS) Sabah”

Leave a Comment