PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU (Contoh Ejaan Yang Betul)

PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU (Contoh Ejaan Yang Betul)

PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa pihak lain bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti macam pembinaan istilah. Pada masa kini terdapat beberapa istilah baru yang anda dengar dan perlu ketahui serta diperbetulkan. Disini kami akan kongsikan kepada anda Perkataan Baharu Bahasa Melayu, semoga membantu.

 

PROSES PEMBENTUKKAN ISTILAH BAHASA MELAYU (Malaysia)

Proses pembentukkan istilah abhasia Malaysia ini boleh dirujuk melalui buku Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, DBP 1992. 7 langkah tu adalah:

  1. Menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contoh istilah yang muncul dari langkah ni macam garis pusat, hasil keluaran dan tapak.
  2. Menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. Contoh istilah yang dibentuk dengan cara ini macam mendap, peka, cerakin, ketuhar, jisim dan hablur.
  3. Menggunakan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya, dermaga (Jawa), kamir (Kelantan), labur (Negeri Sembilan), gambut (Banjar)
  4. Menggunakan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya, dening (Kelantan)
  5. Menggunakan perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya yang diambil terus daripada bahasa Inggeris ialah profesional, elektron, skru dan struktur.
  6. Menggunakan perkataan atau istilah daripada bahasa lain.  Contohnya, weltanschauung, de facto, ad hoc dan esprit de corp.
  7. Memilih yang terbaik antara langkah 1-6 dengan syarat: Ungkapan paling singkat, maknanya tidak menyimpang, tidak berkonotasi buruk serta yang sedap didengar.

 

CONTOH EJAAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU

Berikut adalah merupakan contoh perkataan baharu Bahasa Melayu terkini iaitu:

ISTILAHPENAMAAN BAHARU
Minum PagiSarapan
Minum Rehat PagiKudapan
Makan Tengah HariMerarau
Minum PetangCicipan
Makan Malam (dinner)Makan Malam
Minum Malam (Supper)Gabi
Pick Up LineKata Pikat
BannerKain Rentang
BuntingGegantung
HotspotKawasan Khas
SelfieSwafoto
WefieSwafoto Bersama
GroufieSwafoto Berkumpulan
ViralTular
TrendingSohor Kini
Breaking NewsBerita Gempar
Fidget SpinnerGasing Tangan
Keyboard WarriorJaguh Siber
ThrowbackImbau Kembali
FlashbackImbas Kembali
FlasmobAksi Rasa Kilas
EmoticonEmotikon
WatermarkTera Air
BuskersPenghibur Jalanan
HashtagTanda Pagar
PostingHantaran
DropshipPesan Hantar
PhotobombTunafoto
TeaserIklan Acah
Role ModelSuri Teladan
ParkingParkir
Food TruckKenderaan Saji
ResortPersantaian
Count DownKira Detik
Fitting RoomBilik Acu
Cash Deposit MachineMesin Deposit Tunai
NetizenWarga Siber
OfflineLuar Talian
OnlineDalam Talian

 

MAKLUMAT LANJUT

Kepada anda yang ingin mencari perkataan baharu bahasa melayu kini, anda boleh merujuk pada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment