KOD PAKAIAN DRESS CODE (Senarai Etika Berpakaian Dalam Majlis)

KOD PAKAIAN DRESS CODE (Senarai Etika Berpakaian Dalam Majlis)

KOD PAKAIAN DRESS CODE

Kepada anda yang ingin menghadiri sesuatu majlis, semestinya anda memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda kod pakaian Dress Code, semoga membantu,

 

APA ITU KOD PAKAIAN (Dress Code)

Kod pakaian melambangkan pakaian yang sesuai untuk majlis tertentu. Ia mungkin ditentukan oleh sesuatu majlis tersebut.

 

PANDUAN PEMILIHAN KOD PAKAIAN

Untuk makluman anda, pastikan anda mengetahui penganjuran sesuatu majlis tersebut berkemungkinan ada tema tententu yang ditetapkan seperti:

  • Para hadirin yang dijemput
  • Konsep Majlis
  • Lokasi Majlis
  • Waktu Majlis

 

CONTOH KOD PAKAIAN DRESS CODE

Gambar di bawah menunjuk contoh kod pakaian bagi lelaki dan wanita:

 

CARA KOD PAKAIAN DRESS CODE MENGIKUT MAJLIS

Berikut adalah merupakan cara pakaian mengikut sesuatu majlis iaitu:

Majlis High TeaKod pakaian bagi majlis high tea adalah dressy casual. , iaitu anda digalakkan untuk memakai gaun yang bersifat kasual. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk memilih sebarang baju yang memiliki sedikit perincian dan memadankannya dengan skirt atau seluar yang sesuai bersama kasut tumit tinggi atau pun kasut flats.
Majlis PerkahwinanJika suatu ketika dahulu kaum perempuan hanya akan memakai baju kurung atau kebaya ke majlis perkahwinan, sekarang pilihannya lebih meluas termasuk gaun panjang dan blaus yang dipakai bersama skirt. Bagi aum lelaki pula mestilah memakai kemeja.
Majlis PengebumianPakai pakaian dalam tona neutral yang berwarna gelap untuk menunjukkan suasana muram, bukannya pakaian berwarna warni dan terang yang kelihatan ceria.
Majlis Makan MalamUntuk majlis makan malam, anda mestilah bertanya kepada penganjurnya tentang kod pakaian yang telah dirancang. Anda tidak mahu hadir ke majlis tersebut dengan pakaian yang menimbulkan ketidakselesaan pada tetamu lain mahupun diri anda sendiri.
Majlis KonvokesyenBagi Wanita Baju kurung moden/traditional/pakaian kebangsaan/Pantsuit/skirt labuh hingga buku lali dan blaus lengan panjang bertutup hingga ke leher dan seterusnya memakai pakaian akademik.

Bagi Lelaki Kemeja lengan panjang berkolar, berseluar slack berwarna gelap, bertali leher dan memakai kot, atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik.

Majlis RasmiBerpakaian formal mengikut penganjuran sesuatu majlis rasmi tersebut.

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “KOD PAKAIAN DRESS CODE (Senarai Etika Berpakaian Dalam Majlis)”

Leave a Comment