CARA DAFTAR RENEW FoSIM ONLINE(Register Premis Makanan KKM)

CARA DAFTAR RENEW FoSIM ONLINE(Register Premis Makanan KKM)

DAFTAR RENEW FoSIM

Kepada semua perniagaan makanan yang mempunyai premis dah home-based food wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terkini pihak KKM telah mewujudkan satu inisiatif pendaftaran secara ayas talian yang dikenali FoSIM. Disini kami akan kongsikan secara anda cara untuk daftar renew menerusi portal FoSIM, semoga membantu.

 

APA ITU FoSIM

Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) merupakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik. Tujuan ia dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau dan melaksanakan program kawalan untuk mengurangkan risiko sebarang pencemaran daripada berlaku

 

KATAGORI PERLU DAFTAR FoSIM

Berikut adalah merupakan kategori pengkelasan premis yang perlu berdaftar dengan FoSIM iaitu:

  • Kilang makanan
  • Katering makanan
  • “Outlet” makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya
  • Kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan seperti “food truck”.
  • Home-based food

 

LANGKAH PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN ONLINE

Terdapat 4 langkah yang perlu anda lakukanj untuk pendaftaran secara online iaitu:

  1. Pendaftaran Akaun FoSIM
  2. Pengaktifan Akaun
  3. Pengaktifan Kata Laluan
  4. Pendaftaran Premis Makanan

 

CARA DAFTAR AKAUN FoSIM

Berikut adalah merupakan panduan cara pendaftaran akaun FoSIM iaitu:

  1. Layari portal FoSIM 
  2. Pada paparan utama klik Daftar.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama penuh
    • Nombor kad pengenalan
    • Emel
    • Nombor telefon bimbit
  4. Setelah lengkap tick pada kotak I’m Not A Robot dan klik Tekan Seterusnya.
  5. Paparan maklumat pendaftaran anda akan terpapar. Sekiranya betul klik pada Hantar
  6. Paparan mesej Pendaftaran Anda Telah Berjaya akan terpapar. Pautan pengaktifan akan dihantar ke email anda. Klik OK.
  7. Anda akan mendapat emel untuk pengaktifan akaun.

 

CARA AKTIFKAN AKAUN FoSIM

Setelah pendaftaran anda berjaya, berkiut adalah merupakan cara pengaktifan akaun anda iaitu:

  1. Anda akan terima email pengaktifan daripada FoSIM. Buka email tersebut
  2. Kemudian dalam email tersebut, klik pada “Klik Di Sini Untuk Mengaktifkan Akaun anda”
  3. Pengesahakan pengaktifan anda selesai

 

CARA AKTIFKAN KATA LALUAN FoSIM

Setelah proses pengaktifan akaun anda berjaya, anda dikehendaki untuk aktifkan kata lalaun anda. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Paparan Aktifkan Kata Lalaun akan tertera. Ciptakan dan sahkan kata laluan anda.
  2. Masukkan Teks Pengesahan yang tertera pada ruangan tersedia dan klik Hantar
  3. Pendaftaran akaun anda telah Berjaya. Klik pada Seterusnya
  4. Log masuk pada email dan kata lalaun yang telah ditetapkan dan klik pada Seterusnya.
  5. Selesai, anda telah berjaya log masuk menggunakan kata laluan anda

 

CARA KEMASKIMI MAKLUMAT FoFIM (Pengguna Kali Pertama)

Setelah anda berjaya log masuk, sebagai penguna kali pertama seharusnya anda lengkapkan profil anda. Berikut adalah caranya:

  1. Setelah berjaya log masuk, satu pup up Selamat Datang akan tertera. Klik pada Kemaskini
  2. Paparan makumat asas anda akan tertera, klik pada Kemaskini
  3. Seterusnya kemaskini segala maklumat yang diperlukan dam muat naik dokumen yang diperlukan pada ruangan yang tersedia. Setelah lengkap klik Hantar
  4. Selesai, maklumat anda berjaya dikemaskini.

 

CARA DAFTAR PREMIS MAKANAN DI FoSIM

Berikut adalah merupakan panduan pendaftaran premis makan menerusi portal FoSIM iaitu:

  1. Layari portal FoSIM dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama di bahagian menu, klik pada Pendaftaran/Permohonan > pilih Pendaftaran > klik pada Pendaftaran
  3. Seterusnya klik pada Premis untuk daftarkan premis anda
  4. Klik pada Pendaftaran
  5. Masukkan segala maklumat berkaitan premis makanan anda pada ruangan yang tersedia, setelah lengkap klik seterusnya
  6. Masukkan maklumat pemilik premis anda pada ruangan yang tersedia, setelah lengkap klik seterusnya
  7. Masukkan maklumat berkaitan seperti maklumat pasaran, pengendali makanan dan produk pada ruangan yang tersedia, setelah lengkap klik seterusnya
  8. Pada bahagian pengesahan, pastikan maklumat yang anda isi lengkap dan tepat. Tick pada kotak pengesahan dan klik Hantar
  9. Pendaftaran premis makanan anda telag berjaya didaftarkan. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar renew FoSIM, anda boleh emlayari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA DAFTAR RENEW FoSIM ONLINE(Register Premis Makanan KKM)”

Leave a Comment