CARA TUKAR NAMA CUKAI PINTU SELANGOR DBKL(Permohonan Tukar Nama Pemilik)

CARA TUKAR NAMA CUKAI PINTU SELANGOR DBKL(Permohonan Tukar Nama Pemilik)

TUKAR NAMA CUKAI PINTU

Kepada anda yang ingin membeli bangunan rumah kedai atau rumah secara ‘second hand’, semestinya perlu dibuat pertukaran nama antaranya ialah cukai pintu. Disini kami akan kongsikan kepada anda panduan permohonan  untuk tukar nama pemilik cukai pintu, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI PINTU

Cukai Pintu atau Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak di kawasan bidang kuasa sesebuah PBT seperti

  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan/Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

 

PANDUAN SEBELUM TUKAR NAMA CUKAI PINTU

Berikut adlaah merupakan antara beberapan panduan sebelum tukar nama kepada pemilik baharu iaitu:

  • Pastikan buat semakan dengan Majlis untuk mengetahui pemilik yang berdaftar dan sebarang tunggakkan yang berbaki bagi aset tersebut. Di bawah Seksyen 146 Akta 171, menegaskan bahawa semua jumlah tunggakkan menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu.
  • Sebelum membuat sebarang urus niaga pembelian, pastikan dengan agen yang dilantik untuk menyemak sebarang tunggakkan. Jika masih ada tunggakkan, minta pemilik asal menyelesaikan bayaran dulu.

 

DCOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi memudahkan urusan anda membuat penukaran nama cukai pintu, pastikan sediakan dokumen diperlukan seperti berikut:

  • Borang permohonan pindah milik
  • Salinan geran hak milik terkini
  • Surat perjanjian jual beli atau Borang 14A
  • Resit bayaran di Pejabat Tanah dan Galian.
  • Salinan Cukai Pintu terkini
  • Salinan kad pengenalan pemilik baru
  • Surat pengesahan pemilik (tuan tanah) yang disetemkan bersama salinan kad pengenalan bagi tanah yang disewakan daripada pemilik.

 

KADAR BAYARAN TUKAR NAMA CUKAI PINTU

Kadar bayaran proses penukaran ini bergantung kepada negeri masing-masing. (sila rujuk negeri masing-masing).

 

CARA TUKAR NAMA CUKAI PINTU

Kepada anda yang ingin membuat penukaran nama cukai pintu, berikut adalah merupakan caranya mengikut situasi iaitu:

Tukar Nama Oleh Pemilik Asal

  1. Hadir ke di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah berhampiran anda untuk dapatkan Borang I dan J. Anda juga boleh juga dimuat turun borang tersebut melalui pautan di bawah:
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang tersebut dnegan lengkap.
  3. Lampirkan dengan salinan penuh semua muka surat S & P (Perjanjian Jual Beli) atau salinan geran.
  4. Pastikan Borang I dan J diisi dengan lengkap termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan ditandatangani oleh penjual dan pembeli.
  5. Telah menjelaskan bayaran semasa cukai pintu dan semua tunggakkan yang terlibat.

Tukar Nama Atas Dasar Kasih Sayang

  1. Penerima pindah milik perlu memberi notis dalam Borang I, Jadual Pertama, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Notis perlu diberikan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan sebelum tukar nama dalam bil cukai pintu boleh dibuat.
  3. Pemilik pula perlu kemukakan Borang 14A (Borang Pindah Milik Tanah, Bahagian atau Pajakan).
  4. Borang tersebut mestilah lengkap ditandatangani dan diperakui sah salinannya bagi membuktikan kesahihan pindah milik tersebut.

Tukar Nama Jika Pemilik Asal Meninggal Dunia

  • Harta yang belum ditukar milik, tempoh 3 bulan diberikan untuk membuat pertukaran nama.
  • Namun, jika pemilik asalnya telah meninggal dunia, tempoh masa dilanjutkan selama 1 tahun. Jika gagal membuat pertukaran dalam tempoh yang diberikan, denda akan dikenakan.

 

TEMPOH PROSES TUKAR NAMA CUKAI PINTU

Nama pemilik yang baru akan diproses dan seterusnya dibilkan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) melalui surat atau sistem pesanan ringkas (SMS).

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses penukaran nama cukai pintu, anda boleh melayari portal rasmi Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

ARTIKEL LAIN:

3 thoughts on “CARA TUKAR NAMA CUKAI PINTU SELANGOR DBKL(Permohonan Tukar Nama Pemilik)”

Leave a Comment