CARA BAYAR MPSJ CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

CARA BAYAR MPSJ CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

MPSJ CUKAI TAKSIRAN

Kepada anda yang berada di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan ingin membuat pembayaran Cukai Taksiran, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada and acara bayar MPSJ Cukai Taksiran dan semakan penyata secara online menerusi portal My@MBSJ, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Cukai taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan seksyen 17, akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan MPSJ :

  • Kediaman – Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
  • Perniagaan – Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
  • Perindustrian – Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
  • Tanah kosong – Tanah pertanian, tanah pembangunan

 

TUJUAN BAYAR CUKAI TAKSIRAN MPSJ

Cukai taksiran dikenakan untuk membiayai:

  • Cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai Tambah dan Kadar.
  • Nilai Tambah dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
  • Manakala, kadar ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut yang perlu dibayar.
  • Nilai Tambah bagi pegangan tersebut boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman terhadap pegangan tersebut.
  • Kadar warta semasa adalah berdasarkan jenis hartanah, kawasan pembinaan dan kedudukan harta.

 

CARA DAFTAR PORTAL MY@MBSJ

Pengguna yang belum pernah berdaftar sebagai ahli, perlu membuat pendaftaran baru. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Pendaftaran Pengguna Baharu MPSJ
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • ID Type
    • ID Number
    • Name / Company Name
    • E-mail
  3. Setelah lengkap klik pada Create New Account
  4. Kemudian masukkan Kata laluan anda dan tekan submit.
  5. Selesai, pendaftaran akaun anda telah Berjaya

 

CARA SEMAK PENYATA CUKAI TAKSIRAN MPSJ ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat semakan cukai taksiran anda, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Log Masuk MPSJ
  2. Log masuk menggunakan email dan kata laluan anda dan tekan “Log In”.
  3. Portal akan memaparkan maklumat anda. Klik pada ikon “Home”
  4. Portal akan kembali semula ke Laman Utama, scroll ke bahagian Perkhidmatan Dalam Talian dan klik pada ikon Cukai Taksiran
  5. Paparan akan menunjukkan penyata cukai taksiran anda

 

CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN MPSJ ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran cukai, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Log Masuk MPSJ
  2. Log masuk menggunakan email dan kata laluan anda dan tekan “Log In”.
  3. Portal akan memaparkan maklumat anda. Klik pada ikon “Cukai”
  4. Laman Cukai, pada tab Carian. Carian boleh boleh di dilakukan seperti imej, masukaninfo mengikut pilihan dan klik Cari
  5. Hasil carian akan disenaraikan, Klik pada akaun tersebut untuk melihat butiran akaun dengan lebih lanjut
  6. Untuk membuat pembayaran, klik pada ikon wallet yang berada di sebelah kanan akaun tersebut
  7. Jumlah perlu dibayar akan didaftarkan didalam Cart, pembayaran boleh dibuat untuk lebih dari 1 akaun
  8. Klik icon Bayar untuk papar pilihan bank dan lakukan pembayaran online
  9. Paparan butiran pembayaran akan tertera untuk semakan
  10. .Klik CHECKBOX, tanda setuju dengan Syarat dan Terma bayaran oleh MPSJ dan butang Teruskan diaktifkan dan ikuti proses pembayaran hingga selesai
  11. Selepas pembayaran diberjaya dibuat, butiran resit akan di paparkan. Anda boleh muat turun resit tersebut sebarai rujukan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran cukai taksiran MPSJ, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA BAYAR MPSJ CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)”

Leave a Comment